Skip to main content

Posts

Showing posts from 2008

Sang Ilham

From other Pintu rumahku diketuk beberapa kali. Kebetulan aku sedang menonton di ruang tamu ketika itu dan aku segera membukanya kerana ketukan pada pintu yang berkali-kali pada kekerapan yang tinggi menandakan sesuatu yang cemas atau penting. Seorang kanak-kanak lelaki yang aku kenal berada di depan pintu sambil tersenyum. Dalam pelukkannya seekor kucing hitam menggosok-gosok manja kepalanya pada badan kanank-kanak itu. “Hasbi, kamu buat apa pagi-pagi begini?” tanyaku. “Hasbi ingin memohon jasa baik abang, boleh?” “Lihat dulu apa yang diminta. Jika boleh abang berikan 'jasa' itu, abang akan lakukannya. Insyaallah.” “Tolong jaga kucing adik ini boleh?” “Jaga kucing. Erm…. Berapa lama?” “Tiga tahun.” “Tiga tahun? Lama benar. Hasbi hendak ke mana?” “Hasbi akan berpindah ke England sebab ayah ingin melanjutkan pengajian PhDnya di sana .” “Oh!” “Berat sangatkah permintaan Hasbi ini?” “Berat itu tidaklah terlalu berat tetapi agak berat.” “Tolonglah abang. Hasbi tidak ada orang lain

Conteng kepada Lukisan

From other Hasil ini adalah daripada satu contengan rawak.

Mukadimah - Lagenda Eleaf

"Tuan ada berita buruk yang baru saya terima daripada burung perutusan," pembawa utusan di perlabuhanan Waris Hazir Oming menerpa Tuan Hazim. Sahut Tuan Hazim, "Berita buruk apakah yang dibawa kamu ini. Jangan kamu katakan saya perlu berada di sini untuk sepurnama lagi sudahlah." "Bagaimana tuan tahu? Perutusan daripada Syahbandar untuk ke Bendahara meminta khidmat tuan dan Tuan Tong dilanjutkan lagi buat kali kedua." "Tidak guna betul! Apa mereka fikir kepakaran saya berharga dalam mereka cipta hanya untuk menulis surat hutang di perlabuhan ini" jerit Tuan Hazim. Mukanya kemerahan kerana marah. Pembawa utusan menyokong, "Betul itu tuan, tuan tidak sepatutnya berada di sini." "Tuan Tong tahu akan perutusan ini?" "Saya rasa dia masih tidak mengetahuinya." "Tidak mengapa. Biar saya yang sampaikan berita perutusan ini kepadanya." "Baik tuan, saya mohon beredar." Pantas Tuan Hazim meninggalkan mejanya

Hitam dan Putih

Semenjak kebelakang ini, gambar-gambar hitam dan putih menjadi gambar-gambar kegemaran aku. Mungkin kerana gambar-gambar jenis itu kelihatan lebih abstrak dan elegen. Dan disebabkan itu mungkin aku akan lebih fokus dengan gambar-gambar hitam dan putih selepas ini.... From Raya Haji 2008 From Raya Haji 2008 From Raya Haji 2008 From Raya Haji 2008 From Portrait From Portrait From Portrait From Portrait

Port Dickson

Semakin anda banyak mengembara semakin anda mengenal diri sendiri From SCENE From SCENE From SCENE From SCENE From SCENE From SCENE

Teori Efek Rama-rama (Butterfly Effect Theory)

Menurut teori ini, sesuatu perubahan kecil pada satu pembolehubah boleh memyebabkan perubahan yang ketara pada sesuatu sistem yang kompleks. Teori ini mengatakan pergerakkan kepak rama-rama mampu mengubah atmosfera bumi sehinggakan ia mampu mengubah pergerakan atau kewujudan putting beliung di satu kawasan. Perubahan kecil pada kehidupan akan membawa kesan yang besar pada masa depan, itu yang aku faham jika teori ini dikaitkan dengan kehidupan manusia yang merupakan salah satu sistem yang kompleks di dalam dunia. Tiada siapa mampu untuk meramal dengan tepat pergerakan atau perilaku manusia satu detik ke hadapan. Anda yakin dengan teori ini? Mari kita lihat pada kehidupan kita pada hari ini. Kronologi Senario Terburuk Ekstrem (Kes Curi Selipar) Encik A telah mencuri sepasang sepasang kasut selepas selesai solat Jumaat Pemilik kasut menunggu sehingga semua jemaah pulang dengan harapan dia menjumpai kasutnya semula. Tetapi setelah lama menanti, dia tidak jua menjumpai kasutnya. Pemilik ka

Sudah Terlalu Lama...

From BLACK_WHITE Sudah terlalu lama tangan ini tidak menangkap gambar. Sebab apa ya?

Kanibal di Sekeliling Kita

Aku semakin hampir ke destinasi pagi itu. Destinasi itu adalah sebuah kedai nasi lemak milik seorang mak cik dari Indonesia. Belum sempat aku mematikan radio yang bersiaran siaran IKIM pada frekuansi 91.5 fm, sepotong ayat al-quran kedengaran, Firman Allah SWT yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (al-Hujurat: 12) Aku membiarkan ayat itu habis dibacakan sebelum aku menutup radio keretaku. Kakiku seger

Adakah Kita Melihat Sesuatu yang Sama?

Lihat Gambar di bawah From other Apa yang anda lihat? Adakah jawapan anda sama dengan orang lain?

Kilang Mimpi?

Degupan jantungku semakin reda setelah langkah larianku berubah menjadi langkah yang perlahan. “Penat betul, sudah lama tidak berjoging,” gomelku sendirian. Untuk pulang ke rumah, aku perlu melalui sebuah taman permainan yang berhampiran. Aku mula berjalan melalui kawasan taman permainan. Seorang anak kecil ketawa sakan apabila ibunya menghayunkan buaiannya naik lebih tinggi. Penatku semakin berkurang tatkala mendengar gelak ketawa anak kecil itu. Tiba-tiba aku nyaris tersungkur. Mujur aku sempat mengatur langkah. Jika tidak tersembam mukaku ini pada lantai bata bercorak coklat dan kelabu. Kasut memakan tuan. Tali kasutku nyaris menyerat tuannya sendiri. Jadi aku duduk di sebuah bangku kayu untuk mengikat semula tali kasutku. Dua orang kanak-kanak duduk di sebelahku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli pada kanak-kanak, tetapi suara salah seorang kanak-kanak itu membuatkan anak mataku mencuri melihat kanak-kanak itu. “Eh, budak di masjid hari itu,” bisikku. Kanak-kanak itu adalah kanak

Kanak-kanak berjubah putih

“Assalammualaikum warahwatullah, Assalammualaikum warahwatullah”, ku lafazkan. Ada satu haruman menarik deria bauku untuk menoleh ke belakang. Seorang kanak-kanak berjubah putih berada di saff belakangku. Bisikku, “Wangi betul bau minyak wangi budak ini.” Para jemaah mula menadahkan tangan pada akhir solat. Aku segera menoleh ke hadapan menyertai bacaan doa. Selepas tamat bacaan doa, aku duduk di tangga masjid sambil menyarungkan kasut. Bau harum itu hadir semula. Bahuku disentuh tangan yang kecil. Gerakan refleksku segera mengarahkan kepala supaya menoleh ke arah tangan itu. Kanak-kanak berjubah putih itu muncul di bahu kananku. “Abang, tumpang duduk di sebelah, boleh?” “Duduklah,” kataku sambil memberi ruang antara aku dan tiang tangga. “Abang, kenapa budak perempuan perlu bertudung?” satu pertanyaan muncul daripada bibir kanak-kanak itu. “Sebab Allah suruh,” jawabku ringkas. Aku sebenarnya malas untuk menjelaskan panjang lebar. Soal kanak-kan

Ulang Tahun

Sudah setahun kerja.... From SATYAM_FRIENDS From SATYAM_FRIENDS From SATYAM_FRIENDS From SATYAM_FRIENDS From SATYAM_FRIENDS From SATYAM_FRIENDS For more photo click HERE

Pertunangan Munirah dan Zamani 2008

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Ahad telah diadakan majlis pertunangan Siti Munirah dan Ahmad Zamani. From PERTUNANGAN_M... From PERTUNANGAN_M... From PERTUNANGAN_M... From PERTUNANGAN_M... Ayah Siti Munirah. From PERTUNANGAN_M... Emak Zamani menyarung cincin pertunangan. From PERTUNANGAN_M... Munirah dan Adik Beradik + Zamani From PERTUNANGAN_M... Zamani dan Emaknya. Klik di sini untuk gambar-gambar sepanjang majlis. .

Mencari Rezeki

From other Catatan: Lelaki ini sedang melipat surat khabar pada jam 4.00 pagi sebelum dijual.

Perkahwinan Dilla and Yusasnor

Assalammualaikum... Sabda Rasulullah s.a.w Maksudnya: Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku. Perkahwinan pertama dalam Batch ITISJAN03.. Tahniah Dilla and Yusasnor... From PERKAHWINAN_D... From PERKAHWINAN_D... From PERKAHWINAN_D... From PERKAHWINAN_D... From PERKAHWINAN_D... From PERKAHWINAN_D... From PERKAHWINAN_D... FOR MORE PHOTO click HERE ... who's next .... ...

KLCC

Assalammualaikum and Good Day... From PLACE_OF_INTE... From PLACE_OF_INTE... From PLACE_OF_INTE... From PLACE_OF_INTE... From PLACE_OF_INTE... From PLACE_OF_INTE... From PLACE_OF_INTE... Ski-Do MXZ 1200 4-TEC From PLACE_OF_INTE... From PLACE_OF_INTE... Can Am Spider .....

Going to The LION CITY

Assalammualaikum and good day, It had been a long time scene I update this blog. SORRY~~~ These are pictures taken during my friend flight in KLIA (Kuala Lumpur International Airport). Enjoy. From EVENT From EVENT From EVENT From EVENT From EVENT From EVENT From EVENT From EVENT From EVENT ...