Skip to main content

Kanak-kanak berjubah putih

“Assalammualaikum warahwatullah, Assalammualaikum warahwatullah”, ku lafazkan. Ada satu haruman menarik deria bauku untuk menoleh ke belakang. Seorang kanak-kanak berjubah putih berada di saff belakangku.



Bisikku, “Wangi betul bau minyak wangi budak ini.”



Para jemaah mula menadahkan tangan pada akhir solat. Aku segera menoleh ke hadapan menyertai bacaan doa.

Selepas tamat bacaan doa, aku duduk di tangga masjid sambil menyarungkan kasut. Bau harum itu hadir semula. Bahuku disentuh tangan yang kecil. Gerakan refleksku segera mengarahkan kepala supaya menoleh ke arah tangan itu. Kanak-kanak berjubah putih itu muncul di bahu kananku.

“Abang, tumpang duduk di sebelah, boleh?”



“Duduklah,” kataku sambil memberi ruang antara aku dan tiang tangga.

“Abang, kenapa budak perempuan perlu bertudung?” satu pertanyaan muncul daripada bibir kanak-kanak itu.



“Sebab Allah suruh,” jawabku ringkas. Aku sebenarnya malas untuk menjelaskan panjang lebar.

Soal kanak-kanak itu lagi, “Sebab apa Allah suruh pakai tudung?”



“Sebab kalau pakai tudung dapat pahala. Kalau tidak pakai tudung nanti berdosa. Allah marah pada orang yang tidak bertudung.”

“Macam itukah? Tapi kenapa perlu bertudung di luar rumah bukan di dalam rumah?” kanak-kanak itu bertanya lagi.



“Banyak soalan pula budak ini. Kalau aku cakap sebab Allah suruh, dia tanya lagi,” aku bermonolog sendirian.

“Adik, kalau adik ada sesuatu yang adik sayang, adik akan simpan untuk adik seorang atau adik akan berikan kepada semua orang.”



Jawab kanak-kanak itu bersungguh-sungguh, “Tentulah adik akan simpan untuk adik seorang sahaja.”

“Hah! Sebab itulah Allah suruh budak perempuan bertudung. Rambut itu aurat. Sesuatu yang berharga untuk disimpan dan dijaga.”

“Oooooo, begitu.”

“Bullah, jom balik,” jerit kawanku yang sudah lama menunggu dalam Perodua Vivanya.



“Sekejab. Sekejab.”

“Dik, abang balik dulu ya.”

Kanak-kanak tadi sudah hilang bersama haruman minyak wanginya. Mataku meliar mencari kelibat kanak-kanak itu tetapi tidak berjaya.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kilang Mimpi?

Degupan jantungku semakin reda setelah langkah larianku berubah menjadi langkah yang perlahan. “Penat betul, sudah lama tidak berjoging,” gomelku sendirian. Untuk pulang ke rumah, aku perlu melalui sebuah taman permainan yang berhampiran. Aku mula berjalan melalui kawasan taman permainan. Seorang anak kecil ketawa sakan apabila ibunya menghayunkan buaiannya naik lebih tinggi. Penatku semakin berkurang tatkala mendengar gelak ketawa anak kecil itu. Tiba-tiba aku nyaris tersungkur. Mujur aku sempat mengatur langkah. Jika tidak tersembam mukaku ini pada lantai bata bercorak coklat dan kelabu. Kasut memakan tuan. Tali kasutku nyaris menyerat tuannya sendiri. Jadi aku duduk di sebuah bangku kayu untuk mengikat semula tali kasutku. Dua orang kanak-kanak duduk di sebelahku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli pada kanak-kanak, tetapi suara salah seorang kanak-kanak itu membuatkan anak mataku mencuri melihat kanak-kanak itu. “Eh, budak di masjid hari itu,” bisikku. Kanak-kanak itu adalah kanak...

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Novel Sulungku - Herbalis: Misi Purnama Biru

From HERBALIS Memperkenalkan novel sulungku. Pendapat tentang cover ini?