Skip to main content

Teori Efek Rama-rama (Butterfly Effect Theory)

Menurut teori ini, sesuatu perubahan kecil pada satu pembolehubah boleh memyebabkan perubahan yang ketara pada sesuatu sistem yang kompleks. Teori ini mengatakan pergerakkan kepak rama-rama mampu mengubah atmosfera bumi sehinggakan ia mampu mengubah pergerakan atau kewujudan putting beliung di satu kawasan.

Perubahan kecil pada kehidupan akan membawa kesan yang besar pada masa depan, itu yang aku faham jika teori ini dikaitkan dengan kehidupan manusia yang merupakan salah satu sistem yang kompleks di dalam dunia. Tiada siapa mampu untuk meramal dengan tepat pergerakan atau perilaku manusia satu detik ke hadapan.

Anda yakin dengan teori ini? Mari kita lihat pada kehidupan kita pada hari ini.

Kronologi Senario Terburuk Ekstrem (Kes Curi Selipar)

  1. Encik A telah mencuri sepasang sepasang kasut selepas selesai solat Jumaat
  2. Pemilik kasut menunggu sehingga semua jemaah pulang dengan harapan dia menjumpai kasutnya semula.
  3. Tetapi setelah lama menanti, dia tidak jua menjumpai kasutnya. Pemilik kasut itu tidak pula mengambil kasut orang lain.
  4. Jadi dia pulang dengan berkaki ayam dan terlambat ke pejabat.
  5. Sampai di pejabat, bosnya memarahinya.
  6. Dia menjadi tidak sedap hati dan marah kepada pencuri itu.
  7. Dalam perjalanan pulang, disebabkan dia terlalu marah atas perkara yang berlaku kepadanya, dia memandu dengan laju dan terlanggar seseorang yang melintas jalan raya pada ketika itu.
  8. Mangsa yang dilanggar itu adalah Encik A, pencuri kasutnya. Mayat Encik A dibawa ke hospital bersama-sama dengan kasut yang dicurinya.


Kronologi Senario Terbaik Ekstrem (Kes Menderma Kamus)

  1. Encik B dijemput menyertai program menziarahi rumah anak-anak yatim. Setiap peserta dikehendaki membelikan satu hadiah untuk diberikan kepada anak-anak yatim.
  2. Disebabkan Encik B sukakan buku, dia membeli sebuah kamus.
  3. Encik B memberikan kamus itu kepada seorang anak yatim di rumah yang lawatinya.
  4. Anak yatim termotivasi dengan pemberian Encik B dan belajar bersungguh-sungguh.
  5. Sepuluh tahun kemudian, anak yatim itu berjaya menjadi pakar jantung.
  6. Encik B mengalami sakit jantung dan memerlukan pembedahan.
  7. Encik B selamat menjalani pembedahan.
  8. Tidak disangka-sangka doktor bedah itu adalah anak yatim sama diberi sebuah kamus 10 tahun lalu.

Dalam setiap perbuatan pasti ada kesannya. Mungkin hari ini, mungkin 10 tahun akan datang.

.

Comments

  1. hmm..bes2..first time denga pasal butterfly effect nih

    ReplyDelete
  2. hoho butterfly effect mcm dlm cite heroes..
    huhu pe lagas..
    cmne kalo aku x eksiden?
    mesti aku xde keter itam tu kan?
    mesti aku xbli rim kan?
    mesti aku dah kawen..hohoho

    ReplyDelete
  3. sampai ati ko ckp en. A mencuri kasut,,sian die..die x bersalah..-_-

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Herbalis: Misi Purnama Biru Sudah Terbit

Baru sebentar tadi aku pergi ke gudang PTS untuk mengambil 10 naskah yang beri secara percuma oleh PTS kepada penulisnya. Alhamdullilah, akhirnya terbit juga novel ini. From HERBALIS From HERBALIS From HERBALIS