Skip to main content

Sang Ilham






From other




Pintu rumahku diketuk beberapa kali. Kebetulan aku sedang menonton di ruang tamu ketika itu dan aku segera membukanya kerana ketukan pada pintu yang berkali-kali pada kekerapan yang tinggi menandakan sesuatu yang cemas atau penting.

Seorang kanak-kanak lelaki yang aku kenal berada di depan pintu sambil tersenyum. Dalam pelukkannya seekor kucing hitam menggosok-gosok manja kepalanya pada badan kanank-kanak itu.

“Hasbi, kamu buat apa pagi-pagi begini?” tanyaku.

“Hasbi ingin memohon jasa baik abang, boleh?”

“Lihat dulu apa yang diminta. Jika boleh abang berikan 'jasa' itu, abang akan lakukannya. Insyaallah.”

“Tolong jaga kucing adik ini boleh?”

“Jaga kucing. Erm…. Berapa lama?”

“Tiga tahun.”

“Tiga tahun? Lama benar. Hasbi hendak ke mana?”

“Hasbi akan berpindah ke England sebab ayah ingin melanjutkan pengajian PhDnya di sana.”

“Oh!”

“Berat sangatkah permintaan Hasbi ini?”

“Berat itu tidaklah terlalu berat tetapi agak berat.”

“Tolonglah abang. Hasbi tidak ada orang lain yang Hasbi yakin untuk membela kucing Hasbi ini.”

“Kenapa tidak bawa sahaja kucing ini sekali ke sana?”

“Ayah kata jika hendak membawa haiwan ke luar negara urusannya rumit lagi leceh. Perlu ada sijil kesihatan. Ayah juga mengatakan mungkin perubahan cuaca di sana tidak sesuai untuk kucing tempatan.”

“Begitukah? Abang akan  cuba yang terbaik.”

“Terima kasih. Terima kasih,” ucap Hasbi berulang kali kerana terlalu gembira.

“Bila kamu sekeluarga bertolak ke sana?”

“Malam ini.”

“Selamat jalan. Abang doakan kamu selamat pulang dan selamat pergi. Jika ada masa kirimlah email seayat dua menceritakan kisah hidup kamu di sana.”

“Insyaallah, abang.  Hasbi tinggalkan kotak ini di sini. Di dalam kotak ini ada sangkar dan contoh makanan kucing yang selalu Hasbi beri kepada kucing ini.”

“Baiklah.”

Hasbi menghulurkan tangannya. Aku menyambut tangannya dan kami berjabat.
Ucap Hasbi sambil melambai-lambai tangannya, “Pergi dahulu.”

Tanyaku “Ops, sebentar. Apakah nama kucing ini?”

“Sang Ilham namanya,” balas Hasbi.

Aku melepaskan kucing hitam yang bernama Sang Ilham itu masuk ke dalam rumahku. Perlahan-lahan dia masuk ke dalam rumahku dan duduk di hadapan peti televisyen seperti sedang memahami apa yang ditontonnya.
Keesokkan harinya.

Penggera telefon berbunyi dengan bunyi siaran radio IKIM.fm. Ku gagahi jua untuk bangun. Butang henti pada telefon ditekan. Namun serangan hasutan mengatuk menyerang lagi. Keenakkan kerehatan dijana dalam minda membuatkan aku kembali terbaring tewas di katil. Mataku kembali layu, lali dan terpejam.

Satu tangan kecil menampar dahiku berkali-kali. Aku sedar segar kerana terkejut. Rupa-rupanya Sang Ilham dengan bermain-main dengan rambutku.
“Rupanya kamu ini pengejut subuhku untuk hari ini. Mungkin tugasmu itu ditulis tuhan untukmu. Terima kasih,” ucapku pada Sang Ilham.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Herbalis: Misi Purnama Biru Sudah Terbit

Baru sebentar tadi aku pergi ke gudang PTS untuk mengambil 10 naskah yang beri secara percuma oleh PTS kepada penulisnya. Alhamdullilah, akhirnya terbit juga novel ini. From HERBALIS From HERBALIS From HERBALIS

Teori Efek Rama-rama (Butterfly Effect Theory)

Menurut teori ini, sesuatu perubahan kecil pada satu pembolehubah boleh memyebabkan perubahan yang ketara pada sesuatu sistem yang kompleks. Teori ini mengatakan pergerakkan kepak rama-rama mampu mengubah atmosfera bumi sehinggakan ia mampu mengubah pergerakan atau kewujudan putting beliung di satu kawasan. Perubahan kecil pada kehidupan akan membawa kesan yang besar pada masa depan, itu yang aku faham jika teori ini dikaitkan dengan kehidupan manusia yang merupakan salah satu sistem yang kompleks di dalam dunia. Tiada siapa mampu untuk meramal dengan tepat pergerakan atau perilaku manusia satu detik ke hadapan. Anda yakin dengan teori ini? Mari kita lihat pada kehidupan kita pada hari ini. Kronologi Senario Terburuk Ekstrem (Kes Curi Selipar) Encik A telah mencuri sepasang sepasang kasut selepas selesai solat Jumaat Pemilik kasut menunggu sehingga semua jemaah pulang dengan harapan dia menjumpai kasutnya semula. Tetapi setelah lama menanti, dia tidak jua menjumpai kasutnya. Pemilik ka