Skip to main content

Kanibal di Sekeliling Kita

Aku semakin hampir ke destinasi pagi itu. Destinasi itu adalah sebuah kedai nasi lemak milik seorang mak cik dari Indonesia. Belum sempat aku mematikan radio yang bersiaran siaran IKIM pada frekuansi 91.5 fm, sepotong ayat al-quran kedengaran,

Firman Allah SWT yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (al-Hujurat: 12)

Aku membiarkan ayat itu habis dibacakan sebelum aku menutup radio keretaku.

Kakiku segera melangkah ke kedai mak cik itu, kerana terlalu lapar.

“Mak cik, nasi lemak sotong satu,” kataku sambil melemparkan senyuman kepada mak cik itu.

Balas mak cik itu, “Sekejap ya adik.”
Aku mengangguk faham. Dia seorang diri tidak cukup tangan untuk melayan beberapa orang pelanggan yang datang serentak.

Tiba-tiba aku terdengar seseorang memanggil ku dari arah kiriku.

“Abang Bullah!!!”

Kepalaku sesegera menoleh. Hasbi memanggil namaku sambil melambai-lambai dari cermin belakang sebuah kereta BMW yang meluru pantas. Sempat aku membalas lambaiannya dengan senyuman.

Ketenangan pagiku dirosakkan dengan perbualan mak cik-mak cik di sebelahku yang sedang menanti gilirannya.

“Jah, semalam aku dengar jiran sebelah rumah aku bergaduh besar. Habis pinggan mangkuk melayang.”

“Kau tahukah sebab apa mereka bergaduh?”

“Yang aku dengar bini dia keluar dengan lelaki lain.”

“Yakah?”

“Itu yang aku dengarlah.”

“Nah dik, nasi lemaknya,” kata mak cik nasi lemak sambil menghulurkan bungkusan plastik merah kepadaku.

Aku segera memberikan dua keping wang seringgit.

Mak cik nasi lemak bertanya, “Kenapa adik ini macam kelam-kabut sahaja,” apabila melihat ragamku yang tergesa-gesa meninggalkan kedainya.

Sebelum beredar sempat aku menjawap soalan mak cik nasi lemak itu, “Di sini ada golongan kanibal.”

Aku segera menuju ke arah keretaku. Dari raut wajah Mak cik itu, aku rasakan dia seperti kebingungan dengan jawapanku.

.

Comments

  1. entri yang memberi kesedaran. trima kasih.

    ps: pandai gak ek ko wat cerpen :)

    ReplyDelete
  2. peh..pedih pedih...
    tp aku jarang bergossip..
    ekekeke
    lagi pedih utk golongan tiap2 gossip..
    bullah..add la link ke aku nye blog..
    aku dah add ko..

    ReplyDelete
  3. ini ada hak cipta terpelihara x?

    ReplyDelete
  4. Anon: Tentu sekali ada. Cuma jika ingin disalin, diharapkan dapat menyertakan kredit kepada blog ini ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kilang Mimpi?

Degupan jantungku semakin reda setelah langkah larianku berubah menjadi langkah yang perlahan. “Penat betul, sudah lama tidak berjoging,” gomelku sendirian. Untuk pulang ke rumah, aku perlu melalui sebuah taman permainan yang berhampiran. Aku mula berjalan melalui kawasan taman permainan. Seorang anak kecil ketawa sakan apabila ibunya menghayunkan buaiannya naik lebih tinggi. Penatku semakin berkurang tatkala mendengar gelak ketawa anak kecil itu. Tiba-tiba aku nyaris tersungkur. Mujur aku sempat mengatur langkah. Jika tidak tersembam mukaku ini pada lantai bata bercorak coklat dan kelabu. Kasut memakan tuan. Tali kasutku nyaris menyerat tuannya sendiri. Jadi aku duduk di sebuah bangku kayu untuk mengikat semula tali kasutku. Dua orang kanak-kanak duduk di sebelahku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli pada kanak-kanak, tetapi suara salah seorang kanak-kanak itu membuatkan anak mataku mencuri melihat kanak-kanak itu. “Eh, budak di masjid hari itu,” bisikku. Kanak-kanak itu adalah kanak...

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Novel Sulungku - Herbalis: Misi Purnama Biru

From HERBALIS Memperkenalkan novel sulungku. Pendapat tentang cover ini?