Skip to main content

Posts

Peluang Tidak Selalu Hadir

From FISH_AND_RICE “Mengapa bermuram suram seperti disapa kegelisahan yang perit,” Tuan Hazim bertanya kepada Tuan Nasrul yang daripada bersuram duka di bawah pohon gajus. Tuan Nasrul sesedar daripada lamunan kegelisahannya talkala disapa Tuan Hazim, “Hazim, kamu rupanya. Erm, sebenarnya saya dalam dilema sekarang,” ucap Tuan Nasrul dalam helaan mengeluh. “Dilema? Dilema cinta?” usik Tuan Hazim. Pantas Tuan Nasrul mencantas usikkan Tuan Hazim, “Mana ada. Hazim, Hazim, sikit-sikit cinta. Sikit-sikit cinta. Tahulah kamu akan berkahwin tidak lama lagi. Sudah bersediakah?” “Amboi, saya pula yang terkena. Ha, tadi kamu kata dalam dilema. Dilema tentang apa?” “Semalam, saya telah menerima surat tawaran untuk menjalankan penyelidikan perikanan di Negara Pukat dan Jala. Hendak terima atau tidak. Itu dilemanya.” Sambil memetik sebiji buah gajus yang bergantungan di atas kepalanya, Tuan Hazim berkata, “Apa susah. Terima sajalah tawaran itu.” “Tapi, upahnya sedikit murah berbanding di sini,” kata...

Perkahwinan Zamani dan Siti Munirah

From MUNIRAH & ZAMANI From MUNIRAH & ZAMANI From MUNIRAH & ZAMANI From MUNIRAH & ZAMANI From MUNIRAH & ZAMANI

Sudah Siap

Album sudah siap. From other From other

Projek Album CM

Projek fotografi yang terbaru aku. Nama : Projek Album CM Klien : Akan diumumkan From Projek Album CM From Projek Album CM From Projek Album CM From Projek Album CM Untuk lebih banyak gambar klik di sini  

Negara Gangsa Seni Ditawan

"Apakah yang sedang berlaku sekarang ini? Daripada tadi saya terdengar perkataan 'Gangsa' sering melata di bibir penduduk kota ini? Adakah lombong gangsa baru diterokai?" tanya Tuan Hazim kepada Tuan Niang. "Alangkah manisnya jika lombong gangsa yang ditemui di negara ini. Tetapi bukan 'Gangsa' logam yang dibicarakan tetapi Negara Gangsa Seni yang dibincangkan," kata Tuan Niang. "Kenapa dengan Negara Gangsa Seni?" Tuan Hazim menghirup teh panas bercampur madu di atas mejanya. "Tuan tidak membaca utusan daripada merpati semalam?" "Tidak." "Semalam, negara itu telah ditawan kembali pemberontak." "Ditawan kembali! Bagaimana ini boleh berlaku?" Tuan Hazim tersentak, hampir sembur teh yang dihirupnya sebentar tadi. "Kerajaan Kerjasama Masyarakat telah dikhianati oleh dua orang orangnya sendiri." "Isk, isk. Tidak ini tidak patut berlaku. Kepercayaan rakyat diperkosa dan dilanyak seperti tidak...

Sang Ilham

From other Pintu rumahku diketuk beberapa kali. Kebetulan aku sedang menonton di ruang tamu ketika itu dan aku segera membukanya kerana ketukan pada pintu yang berkali-kali pada kekerapan yang tinggi menandakan sesuatu yang cemas atau penting. Seorang kanak-kanak lelaki yang aku kenal berada di depan pintu sambil tersenyum. Dalam pelukkannya seekor kucing hitam menggosok-gosok manja kepalanya pada badan kanank-kanak itu. “Hasbi, kamu buat apa pagi-pagi begini?” tanyaku. “Hasbi ingin memohon jasa baik abang, boleh?” “Lihat dulu apa yang diminta. Jika boleh abang berikan 'jasa' itu, abang akan lakukannya. Insyaallah.” “Tolong jaga kucing adik ini boleh?” “Jaga kucing. Erm…. Berapa lama?” “Tiga tahun.” “Tiga tahun? Lama benar. Hasbi hendak ke mana?” “Hasbi akan berpindah ke England sebab ayah ingin melanjutkan pengajian PhDnya di sana .” “Oh!” “Berat sangatkah permintaan Hasbi ini?” “Berat itu tidaklah terlalu berat tetapi agak berat.” “Tolonglah abang. Hasbi tidak ada orang lain...