Skip to main content

Berjimat di Bookxcess

Bookxcess merupakan lubuk buku kepada pengemar buku-buku Inggeris. Harganya yang luar biasa murah menyebabkan ulat buku seperti saya ketagihan untuk berada di sana setiap kali poket berisi.

Jika anda mempunyai kad ahli Bookxcess anda akan menikmati diskaun di antara 5% hingga 10% untuk buku-buku (Buku sudahlah murah dapat diskaun lagi!).

Jika tidak silap berikut adalah diskaun yang diberi:

5% -  Jika harga belian bernilai RM50 - RM99
10% - Jika harga belian bernilai RM100 dan ke atas

Selalunya harga belian saya di antara RM50 - RM 70 jadi hanya 5%  saya diskaun yang saya akan perolehi.

Ada satu cara untuk memperolehi diskaun 10% tanpa berbelanja lebih daripada RM100.

Begini caranya:

  1. Anda perlu menjadi seorang yang berani. (Paling penting!)
  2. Tunggu di kaunter pembayaran.
  3. Jika ada pembeli buku ingin membuat pembayaran anda bertemu dengan dan meminta dia membantu anda membayar buku anda (tetapi menggunakan duit anda la.)
  4. Bersedia untuk menerima respon berikut:
    1. Encik ini siapa? (Dengan muka yang terkejut)
    2. Tidak mahu! 
    3. Jika anda bernasib baik, dia akan bersetuju. Mungkin kerana dia juga seperti anda tidak berbelanja lebih daripada RM100 (Kedua-dua untung)
Selamat mencuba.

Comments

Popular posts from this blog

Kilang Mimpi?

Degupan jantungku semakin reda setelah langkah larianku berubah menjadi langkah yang perlahan. “Penat betul, sudah lama tidak berjoging,” gomelku sendirian. Untuk pulang ke rumah, aku perlu melalui sebuah taman permainan yang berhampiran. Aku mula berjalan melalui kawasan taman permainan. Seorang anak kecil ketawa sakan apabila ibunya menghayunkan buaiannya naik lebih tinggi. Penatku semakin berkurang tatkala mendengar gelak ketawa anak kecil itu. Tiba-tiba aku nyaris tersungkur. Mujur aku sempat mengatur langkah. Jika tidak tersembam mukaku ini pada lantai bata bercorak coklat dan kelabu. Kasut memakan tuan. Tali kasutku nyaris menyerat tuannya sendiri. Jadi aku duduk di sebuah bangku kayu untuk mengikat semula tali kasutku. Dua orang kanak-kanak duduk di sebelahku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli pada kanak-kanak, tetapi suara salah seorang kanak-kanak itu membuatkan anak mataku mencuri melihat kanak-kanak itu. “Eh, budak di masjid hari itu,” bisikku. Kanak-kanak itu adalah kanak...

Novel Sulungku - Herbalis: Misi Purnama Biru

From HERBALIS Memperkenalkan novel sulungku. Pendapat tentang cover ini?

Mukadimah - Lagenda Eleaf

"Tuan ada berita buruk yang baru saya terima daripada burung perutusan," pembawa utusan di perlabuhanan Waris Hazir Oming menerpa Tuan Hazim. Sahut Tuan Hazim, "Berita buruk apakah yang dibawa kamu ini. Jangan kamu katakan saya perlu berada di sini untuk sepurnama lagi sudahlah." "Bagaimana tuan tahu? Perutusan daripada Syahbandar untuk ke Bendahara meminta khidmat tuan dan Tuan Tong dilanjutkan lagi buat kali kedua." "Tidak guna betul! Apa mereka fikir kepakaran saya berharga dalam mereka cipta hanya untuk menulis surat hutang di perlabuhan ini" jerit Tuan Hazim. Mukanya kemerahan kerana marah. Pembawa utusan menyokong, "Betul itu tuan, tuan tidak sepatutnya berada di sini." "Tuan Tong tahu akan perutusan ini?" "Saya rasa dia masih tidak mengetahuinya." "Tidak mengapa. Biar saya yang sampaikan berita perutusan ini kepadanya." "Baik tuan, saya mohon beredar." Pantas Tuan Hazim meninggalkan mejanya...