Skip to main content

Puncak Sajlu

Mimpi membawa aku  puncak salju ini. Bagaimana dan mengapa aku ke mari tidak aku terfikir bertanya diri.

Di puncak sebuah gunung berais.

Dingin angin itu terus mengigit bibirku yang semakin kering. Wajahku sudah pucat seperti mayat.

Baju berlapis yang  ku sarung masih tewas dalam suasana itu. Saat itu bendera yang ku pegang pergi ditiup angin deras.

"Di hujung sana ada khemah persinggahan pendaki," teriak seeorang lelaki. Bukan sengaja suaranya menjadi teriakan tetapi itu harus kerana suara ribut lebih deras berbicara dan bisa menelan butir kata-kata.

Mungkin itu ketua ekspidisi, fikirku.

"Kamu pergi dahulu," arah lelaki itu.

Aku?

Aku memandang ke bawah. Tebing bukit itu hanya mampu menampung luas sebesar kasutku sahaja.

Tersilap langkah aku pasti berkubur di dalam sajli putih maut itu. Aku memegang tali merah pemandu perjalanan aku untuk ke seberang. Perlahan-lahan aku melangkah. Tetapi setiap langkah itu seperti terlalu lama.

Angin ribut memukul lagi. Tubuhnya dilambung bersamanya.

"Bullah!" mereka berteriak.

Aku bergantungan di tebing. Saat tuhan mengirimkan angin itu, Dia memastikan pin tali masih kukuh memahan bongkah batu di bunung itu.

Aku terselamat.

Satu tali lain dilontar ke arah aku.

"Sambut tali itu!"

Aku segera mengikat tubuh sebaik aku mencapai tali itu.

Bagaikan sebuah mesin takal aku diheret menghampiri perhentian seterusnya.



Comments

Popular posts from this blog

Kilang Mimpi?

Degupan jantungku semakin reda setelah langkah larianku berubah menjadi langkah yang perlahan. “Penat betul, sudah lama tidak berjoging,” gomelku sendirian. Untuk pulang ke rumah, aku perlu melalui sebuah taman permainan yang berhampiran. Aku mula berjalan melalui kawasan taman permainan. Seorang anak kecil ketawa sakan apabila ibunya menghayunkan buaiannya naik lebih tinggi. Penatku semakin berkurang tatkala mendengar gelak ketawa anak kecil itu. Tiba-tiba aku nyaris tersungkur. Mujur aku sempat mengatur langkah. Jika tidak tersembam mukaku ini pada lantai bata bercorak coklat dan kelabu. Kasut memakan tuan. Tali kasutku nyaris menyerat tuannya sendiri. Jadi aku duduk di sebuah bangku kayu untuk mengikat semula tali kasutku. Dua orang kanak-kanak duduk di sebelahku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli pada kanak-kanak, tetapi suara salah seorang kanak-kanak itu membuatkan anak mataku mencuri melihat kanak-kanak itu. “Eh, budak di masjid hari itu,” bisikku. Kanak-kanak itu adalah kanak...

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Mukadimah - Lagenda Eleaf

"Tuan ada berita buruk yang baru saya terima daripada burung perutusan," pembawa utusan di perlabuhanan Waris Hazir Oming menerpa Tuan Hazim. Sahut Tuan Hazim, "Berita buruk apakah yang dibawa kamu ini. Jangan kamu katakan saya perlu berada di sini untuk sepurnama lagi sudahlah." "Bagaimana tuan tahu? Perutusan daripada Syahbandar untuk ke Bendahara meminta khidmat tuan dan Tuan Tong dilanjutkan lagi buat kali kedua." "Tidak guna betul! Apa mereka fikir kepakaran saya berharga dalam mereka cipta hanya untuk menulis surat hutang di perlabuhan ini" jerit Tuan Hazim. Mukanya kemerahan kerana marah. Pembawa utusan menyokong, "Betul itu tuan, tuan tidak sepatutnya berada di sini." "Tuan Tong tahu akan perutusan ini?" "Saya rasa dia masih tidak mengetahuinya." "Tidak mengapa. Biar saya yang sampaikan berita perutusan ini kepadanya." "Baik tuan, saya mohon beredar." Pantas Tuan Hazim meninggalkan mejanya...