Skip to main content

Dunia Fakir

Kita pernah terpinggir di dunia fakir,
Kita jenuh mengejar dunia semenjak lahir,
Tapi dunia ini hanya hamparan dunia yang pasti berakhir.

Dalam jenuh mengejar, tuhan kita lupakan,
Melupakan mungkin, mungkin dilupakan.
Melupakan kerana sibuk mengejar harta lambakan,
Dilupakan kerana diputuskan rindu pada tuhan.

Kita harus menjadi bangsa yang mencari,
Bukan sebarang barang yang perlu dicari,
Kerana barang itu di dalam hati.

Hati itu berbalik-balik,
Doakan ia ketemu terbaik,
Usahakan ia mencari Al-Malik

16 Ramadah

Comments

Popular posts from this blog

Kilang Mimpi?

Degupan jantungku semakin reda setelah langkah larianku berubah menjadi langkah yang perlahan. “Penat betul, sudah lama tidak berjoging,” gomelku sendirian. Untuk pulang ke rumah, aku perlu melalui sebuah taman permainan yang berhampiran. Aku mula berjalan melalui kawasan taman permainan. Seorang anak kecil ketawa sakan apabila ibunya menghayunkan buaiannya naik lebih tinggi. Penatku semakin berkurang tatkala mendengar gelak ketawa anak kecil itu. Tiba-tiba aku nyaris tersungkur. Mujur aku sempat mengatur langkah. Jika tidak tersembam mukaku ini pada lantai bata bercorak coklat dan kelabu. Kasut memakan tuan. Tali kasutku nyaris menyerat tuannya sendiri. Jadi aku duduk di sebuah bangku kayu untuk mengikat semula tali kasutku. Dua orang kanak-kanak duduk di sebelahku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli pada kanak-kanak, tetapi suara salah seorang kanak-kanak itu membuatkan anak mataku mencuri melihat kanak-kanak itu. “Eh, budak di masjid hari itu,” bisikku. Kanak-kanak itu adalah kanak...

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Mukadimah - Lagenda Eleaf

"Tuan ada berita buruk yang baru saya terima daripada burung perutusan," pembawa utusan di perlabuhanan Waris Hazir Oming menerpa Tuan Hazim. Sahut Tuan Hazim, "Berita buruk apakah yang dibawa kamu ini. Jangan kamu katakan saya perlu berada di sini untuk sepurnama lagi sudahlah." "Bagaimana tuan tahu? Perutusan daripada Syahbandar untuk ke Bendahara meminta khidmat tuan dan Tuan Tong dilanjutkan lagi buat kali kedua." "Tidak guna betul! Apa mereka fikir kepakaran saya berharga dalam mereka cipta hanya untuk menulis surat hutang di perlabuhan ini" jerit Tuan Hazim. Mukanya kemerahan kerana marah. Pembawa utusan menyokong, "Betul itu tuan, tuan tidak sepatutnya berada di sini." "Tuan Tong tahu akan perutusan ini?" "Saya rasa dia masih tidak mengetahuinya." "Tidak mengapa. Biar saya yang sampaikan berita perutusan ini kepadanya." "Baik tuan, saya mohon beredar." Pantas Tuan Hazim meninggalkan mejanya...