“Jangan risau, aku hanya perlukan maklumat tentang peluru ini.” Waris membuka beg bukti dan meletakkan peluru itu di atas lapisan baldu. Dengan sepasang penyepit dan sebuah kanta pembesar dia meneliti peluru itu. Kedai itu menjadi sunyi sepanjang penelitian Waris. Suara Waris memecah kesunyian, “Peluru ini tidak sudah tidak lagi dihasilkan. Sepuluh tahun lalu, pembuatannya dihentikan dan baki peluru-peluru ini dihapuskan pihak kerajaan kerana terlalu berbahaya.” “Jadi mengapa masih digunakan?” tanya Malik. “Pasti peluru ini diseludup keluar semasa arahan penghapusan itu dikeluarkan,” teka Seroja. Sahut Waris, “Mungkin.” Waris memasukkan kembali peluru-peluru itu ke dalam beg bukti dan dia menyerahkannya kembali. Kain baldu yang melapik peluru itu dibakar dan dicampak ke dalam sebuah tembikar. “Mengapa kau membakar kain itu?” tanya Malik yang aneh dengan tingkah lalu Waris. “Peluru itu mengandungi air liur Kelembai, aku tidak mahu menjadi batu.” “Terima kasih. Sebelum aku beredar, S