Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2021

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 8

  Malam menjelang. Seperti malam-malam minggu sebelum ini. Tuk Sopiah akan menyambung kembali Hikayat Merong Mahawangsa bersama Hatadi. Anak remaja itu membesar dengan dongengan rakyat yang padanya lebih baik daripada berkeliaran pada waktu malam. Mata tua itu sudah hampir terlelap. Dia mencapai kain batiknya dan bangun meninggalkan bilik Hatadi. “Nenek, Hatadi ingin memohon sesuatu?” “Apa dia, cucu?” “Hatadi mahu belajar tulisan Jawi” “Betul ke ni? Kata tulisan jawi tulisan Old school ” usik Nenek Suffiah. “Ala nek, bolehlah boleh lah. Manusiakan bisa berubah nenek,” pujuk manja cucunya. “Boleh, tapi dengan satu syarat. Setiap sesi ada yuran ciuman pada pipi ni,” katanya sambil memegang pipi tuanya yang berkedut. “Hatadi sudah terlalu tua untuk itulah, nenek.” “ Take itu or leave it ,” ugut si tua itu. “Baiklah. Nah satu sebagai yuran penduluan,” Pipi neneknya dicium sebelum dia kembali ke kamarnya. “Nenek, terima kasih,” ucap Hatadi sebelum dia beransur pergi dari kamar neneknya. Ѿ

Applikasi Web

 Sudah berapa kali gagal.  Aku mula semula. Aku pilih  NESTJS framework dan angular sebagai pilihan. Sebab apa?  Sebab kedua-dua gunakan typescript.  1 language boleh cover backend and frontend. Settle

Pemintal Mimpi: Bahagian 7

  “Tenang. Tenang.” Nenek Suffiah bernafas pendek, cuba mencari kepastian. “Tuk Wan, ooi. Kenapa dibakar sabut malam-malam begini.” Rupa-rupanya datuk Hatadi punya angkara. “Katanya banyak nyamuk semalam. Ini langkah pencegahan,” balas Tuk Wan. “Betul juga. Sudah Hatadi. Kamu ini penakut sangat.” Dakapan erat tadi dilonggarkan, “Mana ada nenek. Hatadi sahaja tadi.” “Ya lah itu.” Tok Wan muncul dengan matanya merah dan hidung berair seperti menangis.   “Tok Wan menangiskah?” tegur Hatadi. Sambil mengesat air matanya dengan kain pelikat yang disimpang dibahunya, “Mana ada. Asap sabut ini.” “Tuk, Merong Mahawangsa itu masih hidup?” Jam di dinding dijeling Tuk Saffiah. Hampir menjelang jam sebelas. “Kisah Merong Mahawangs itu nanti tuk simpan untuk hari yang lain ya, cucu.” “Baiklah, nenek dan tuk wan, Hatadi pergi tidur dahulu ya.” Tangan mereka diciumnya sebelum dia ke bilik tidurnya. Tung...Tung..Tung... Tung... Tung... Tung... Tung... Tung... Tung... Tung... Jam di dinding menutup tira

Pemintal Mimpi: Bahagian 6

  “Abang, Suffiah dengar Hatadi bergaduh di sekolah siang tadi. Benarkah?” tanya Tuk Suffiah kepada suaminya yang sedang membaca al quran dari tingkap kayu rumahnya. Tuk wan yang mempunyai masalah pendengaran itu keluar daripada gazebo. “Apa, Piah?” dia meminta isterinya menggulangi pertanyaan itu. “Benarkah, Hatadi bergaduh di sekolah siang tadi?” “Benar. Benar,” ringkas Tuk Wan menjawap. “Kenapa sampai bertumbuk bagai?” “Kata Hatadi dia.....” Kedengaran bunyi tapak kaki menghentam lantai kayu sedang menuju ke bilik bacaan. “Nantilah kita sambung bersembang,” Nenek Suffian memotong sembang mereka. “Baiklah, nek. Boleh sambung semula,” pinta Hatadi. Dia bersila di hadapan neneknya. “Di mana kita sebentar tadi?” tanya Tuk Suffiah. “Merong Mahawangsa menyelamatkan Jentayu.” “Baik. Baik.” “Biar aku menjadi pelindungmu sebagai tanda membalas budi ini,” pinta Jentayu. “Aku tidak mengharap sebarang balas wahai burung sakti. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya,” Merong Mahawangsa cuba meno

Pemintal Mimpi: Bahagian 5

   “Siapa ibubapa kamu. Baru hari pertama mahu tunjuk samseng?” Mangsa pembuli mencelah, “Tapi, cikgu. Hatadi yang tolong saya.” “Kau jangan nak menyampuk.” Reaksi cikgu displin itu seperti tidak kena. Pembuli dimenangkan. Mata Hatadi sudah berkaca.  “Saya tiada ibubapa, mereka  sudah meninggal. Hanya ada tuk dan tuk wan,” jawap remaja itu sambil menahan getar suara sedih. “Berikan nombor telefon mereka. Saya mahu panggil mereka datang.” “Kenapa mereka perlu ke sini? Saya tidak bersalah. Saksi sudah ada,” Hatadi nekad mempertahankan diri. “Kamu telah membelasah orang lain. Ini boleh jadi kes polis,” ugut guru displin itu. “Terpulang, cikgu. Saya hanya mempertahankan diri. Jika dibawa ke perbicaraan sekalipun saya tentu menang. Tiga lawan satu, cikgu”  “Kamu ...,” guru displin itu kedu.   “Kenapa mereka dilayan seperti wira sedangkan saya telah diperlakukan seperti penjenayah. Cikgu  berat sebelah!”  Tangan guru displin itu singgah di pipi Hatadi. “Kurang ajar!” Ѿ Usai bertemu dengan gu