Skip to main content

Pemintal Mimpi: Bahagian 3

 

Pemintal Mimpi: Bahagian 3

 “Ayahanda, ini budak yang mencuri daripada kita tadi,” kata salah seorang pegawai tadi yang membawa Urik tadi.

Urik tidak dibawa ke balai Temenggung sebaliknya dibawa ke sebuah bangunan mewah di pinggir bandar.

“Budak. Budak. Kau sepatutnya tidak mencuri daripada orang seperti aku. Kau ingat kau boleh lari? Bagaimana kamu hendak tebus kesalahan ini?” tanya lelaki berkumis yang sedang mencampakkan beberapa ekor cengkerik ke dalam sebuah akuarium yang berisi dua ekor ikan kelisa. Jari-jarinya memegang sebuah paip rokok yang berasap.

Urik hanya membisu. Dia tahu dia tiada apa-apa untuk diberikan.

Asap paip dihembus oleh lelaki yang bergelar Ayahanda ke atas. Dia menikmati setiap sedutan paipnya. Dia memandang Urik, masih menanti jawapan daripada mangsanya.

Cahaya lampu di bilik itu mendedahkan sesuatu pada batang leher Urik. Seutas rantai perak membalikkan cahaya pada mata ayahanda.. 

“Kau, ambil kalung itu,” arah ketua penjenayah itu.

“Jangan tuan, ini peninggalan ayahku,” Urik merayu.

Jemarinya mengengam erat kalung itu. Dia tidak mahu melepaskan kalung itu.

“Lepaskan!” arah seorang lelaki sambil cuba membuka gengaman Urik.

Tangan Urik yang mengengam kalung itu dipijak berulang kali. Air mata meleleh  dan matanya diketap rapat. Kesakitan jelas kelihatan pada wajah Urik, namun dia masih kemas mengengam kalung itu.

“Ambilkan, parang. Tetak sahaja tangan budak ini,” ugut ketua penjenayah itu.

Urik seperti tidak mempedulikan ugutan itu. Dia lebih rela kehilangan tangan daripada menyerahkan kalung istimewa itu kepada mereka.

“Walaupun aku sudah meninggalkan dunia ini ribuan tahun. Namun manusia tetap sama. Tamak dan zalim. Yang berkuasa gila memijak yang lemah,” satu suara muncul dari satu sudut gelap.

Tengking ketua penjenayah itu, “Siapa itu?”

Lelaki yang menyelamatkan Urik tadi mempersembahkan dirinya dari tirai kegelapan. Hanya lampu kuning menyuluh tubuhnya. Wajahnya samar-samar disembunyi bayang. Beberapa orang samseng yang pernah bertemu dengan lelaki itu menjarakkan dirinya. Parang di tangan salah seorang mereka terlepas daripada gengaman kerana ketakutan.

“Ayahanda, inilah orang tadi,” kata seorang lelaki suaranya bergetar-getar.

“Oooo. Lelaki ini.”

Ketua penyamun itu bangkit daripada kerusinya dan menghampiri lelaki itu. 

“Ini bukan urusanmu,” kata ketua penjenayah itu.

Asap yang tembakau dihembus ke muka lelaki itu.

Lelaki misteri itu membalas, “Budak ini adalah urusanku. Aku akan mengantikannya dengan sesuatu yang lebih berharga”

Ketua samseng itu bertanya, “Berapa harga yang sanggup kamu bayar untuk menebus budak ini?”

Lelaki itu berbisik di telinganya, “Harga nyawamu!”

Tiba-tiba ketua penjenayah itu diterajang jatuh. Sebilah pisau dirodoknya masuk ke perut lelaki misteri itu. Namun lelaki itu tidak menunjukan reaksi yang sepatutnya, kesakitan. Dia mencabut pisau itu dan melemparkannya pada dinding. Pisau itu tegak terpacak. Darah masih lagi menitik jatuh daripada mata bilah pisau itu.

“Bachul sekali kau. Lelaki ini menjadi ketua kalian!”

Ketua penjenayah menelan air liur, kecut melihat lelaki itu seperti tidak langsung menunjukan rasa sakit. 

Namun di hadapan pengikutnya dia bangkit, mengagahkan dirinya. Dia mula membuka bunga-bunga tempur. 

Lelaki misteri itu hanya tersenyum galak. Dia juga membuka bunga-bunga tempur.

“Sudah lama aku tidak bertempur,” getus lelaki itu.

Ketua penjenayah itu mencapai sebilah lading yang menghiasi tiang ruang pertemuan mereka dan memulakan serangan terlebih dahulu. Lading dilibas ke arah lelaki misteri itu. Lelaki misteri itu hanya melangkah beberapa tapak ke belakang.

“Tangkas tetapi lemah,” ujar lelaki misteri itu.

Tangan ketua penyenayah itu digengam dan dikilas. Dengan mudah lelaki misteri itu merampas lading itu daripada tangan musuhnya. Dia menghayun lading itu lalu memisahkan tangan ketua samseng itu daripada tubuhnya. Dia mencampak tangan itu di sebelah tubuh ketua samseng yang sedang mengelupur kesakitan.

“Apakah kalian tetap mahu untuk bersama dia yang bachul ini atau aku?” tanya lelaki misteri itu.

Beberapa orang lelaki berdiri sebelah ketuanya, lalu berkata, “Kami akan setia kepada ketua kami.”

Lelaki misteri itu ketawa terbahak bahak.

Lading dihala ke arah mereka, dan lelaki misteri itu bertanya, “Jadi kalian memilih kematian?”

Beberapa titik darah jatuh menghempas lantai.

Mereka masih tidak berganjak dengan pendirian mereka. Tetapi beberapa orang sudah berubah hati kerana takut kehilangan nyawa. Lelaki misteri itu datang kepada seorang pemuda. Lading di tangannya merodok perut seorang pemuda Saat lading dipisahkan daripada tubuh pemuda itu, dia rebah. Jantungnya tidak lagi berdegup.

“Kalian masih dengan keputusan kalian?” tanya lelaki misteri itu.

Seorang pemuda yang masih berbaki tidak berganjak. Lading dihayun. Kepala pemuda itu terpisah dan jatuh berguling di lantai. Kepala itu menguling ke arah Urik. Kerana ketakutan Urik segera menendang kepala itu ke tempat lain.

“Jadi kalian bersedia menerima aku sebagai ketua yang baru?”

Samseng-samsung yang berpaling tadah itu mengangguk. Dengan lading yang sama, semua pembelot itu dikelar lehernya. Urik terkejut seperti tidak percaya.

“Aku tidak memerlukan pengkhinat untuk bersama aku. Sekali kau khinat, kau akan khinat lagi.”

Comments

Popular posts from this blog

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Herbalis: Misi Purnama Biru Sudah Terbit

Baru sebentar tadi aku pergi ke gudang PTS untuk mengambil 10 naskah yang beri secara percuma oleh PTS kepada penulisnya. Alhamdullilah, akhirnya terbit juga novel ini. From HERBALIS From HERBALIS From HERBALIS

Teori Efek Rama-rama (Butterfly Effect Theory)

Menurut teori ini, sesuatu perubahan kecil pada satu pembolehubah boleh memyebabkan perubahan yang ketara pada sesuatu sistem yang kompleks. Teori ini mengatakan pergerakkan kepak rama-rama mampu mengubah atmosfera bumi sehinggakan ia mampu mengubah pergerakan atau kewujudan putting beliung di satu kawasan. Perubahan kecil pada kehidupan akan membawa kesan yang besar pada masa depan, itu yang aku faham jika teori ini dikaitkan dengan kehidupan manusia yang merupakan salah satu sistem yang kompleks di dalam dunia. Tiada siapa mampu untuk meramal dengan tepat pergerakan atau perilaku manusia satu detik ke hadapan. Anda yakin dengan teori ini? Mari kita lihat pada kehidupan kita pada hari ini. Kronologi Senario Terburuk Ekstrem (Kes Curi Selipar) Encik A telah mencuri sepasang sepasang kasut selepas selesai solat Jumaat Pemilik kasut menunggu sehingga semua jemaah pulang dengan harapan dia menjumpai kasutnya semula. Tetapi setelah lama menanti, dia tidak jua menjumpai kasutnya. Pemilik ka