Pemintal Mimpi: Bahagian 2
Beberapa jam selepas itu.
Kelopak matanya perlahan-lahan dibuka. Dia memandang dada langit yang diselindung awan. Hujan lebat mula reda. Hanya titisan halus yang turun menghentam wajahnya. Dia tangkas bangun berdiri.
Suara laungan kuat daripada tubuh itu, “Aku sudah kembali. Akhirnya!!!”
Lelaki itu senyum memperlihatkan barisan giginya yang tidak teratur itu. Dia tidak seperti lelaki yang serabut dengan hutangnya tadi. Dia jauh berbeza.
Dia berlari pantas menuju ke sebuah cerun. Lalu melompat tinggi sebelum terjun ke bawah. Satu pusaran cahaya muncul di dalam gaung. Lelaki itu terjun ke arah cahaya itu dan lenyap daripada pandangan.
Malam dan hutan kembali kepada fitrah yang tenang dan sunyi.
Ѿ
Tahun 2010, Kota Jerai, Negara Sunda.
Lelaki penyembah lembaga itu muncul di sebuah bandar berhampiran kaki sebuah gunung.
“Dunia ini terlalu asing kepadaku,” bisik lelaki itu. Suaranya telah berubah menjadi satu suara lain. Lebih halus daripada biasa.
Cahaya lampu terang yang terus-menerus menyerang anak matanya, membuatkan dia terpaksa bersembunyi di sebalik celahan bangunan. Dari situ dia memerhatikan dan mengkaji manusia di sekeliling itu.
“Maafkan aku, aku hanya lapar,” lelaki tadi terdengar suara rayuan.
Dia segera mendapatkan punca suara itu. Suara rayuna itu datang dari seorang remaja lelaki yang sedang dikelilingi oleh beberapa orang pemuda. Pipinya lebam dan bibirnya berdarah. Dia merangkul tubuhnya ke lantai jalan sambil tangannya memegang kepalanya.
Mereka bergilir-gilir menghenyat tubuh kecil itu dengan tumbukan dan tendangan.
“Hentikan semua ini. Biarkan anak itu pergi,” lelaki itu mencelah.
Segerombolan pemuda mengalihkan pandangan mereka kepada lelaki itu.
“Sudah puas hidup agaknya orang tua ini? Berambus sebelum kau bertemu ajal!”
Lelaki itu tenang melangkah menghampiri mereka.
Pinta lelaki itu lagi, “Aku mohon kalian melepaskan anak kecil ini.”
Salah seorang daripada samseng itu berpaling arah lelaki tua. Mukanya yang merah.
Bersama-sama penumbuk yang kejap dia meluru ke arah lelaki itu.
“Kau ini memang tidak faham bahasa?”
Belum sempat penumbuk samseng itu menjamah rahang lelaki tua itu. Tangan lelaki itu sudah berada pada batang leher samseng itu. Dia mencengkap erat batang leher. Semakin lama semakin erat.
Dengan mudah lelaki itu diangkat sehingga kakinya tidak dapat menjejak bumi.
“Apakah kau pernah merasa ajal menarik nyawa daripada tubuhmu perlahan-lahan?”
Kepulan asap muncul daripada celah kuku lelaki itu lalu masuk ke dalam rongga mulut dan hidung samseng itu.
Pemuda itu merontah-ronta minta dilepaskan. Nafasnya tersekat-sekat. Hanya butir-butir kata yang tidak jelas kedengaran terlepas daripada bibir yang tidak lagi merah.
“Tolong... lepaskan .... aku....”
Anak mata lelaki tua itu berubah menjadi kucing. Dia mencampakkan samseng itu ke tanah.
“Berambus!”
Sebaik sahaja samseng itu dapat berdiri, dia tanpa membuang masa lelaki iti lari lintang-pukang. Pemuda-pemuda lain yang turut serta.
Remaja tadi pun turut lari tanpa menoleh meninggalkan lelaki yang menyelamatkannya seorang diri di lorong gelap kota itu.
Ѿ
Remaja itu menahan nafas ketika mendaki anak tangga menuju ke tingkat tiga sebuah bangunan usang. Bertahun-tahun tinggal di situ, bau air kencing daripada makhluk kecil masih dapat menganggu deria baunya.
Remaja tadi terduduk ketakutan di muka pintu rumahnya. Hela dan hembus nafasnya jelas dapat didengari telinga kasar. Dengan berbaki dia tenaga dia menghempaskan penumbuknya pada pintu sebuah rumah bernombor 33.
“Ibu. Ibu. Tolong bukakan pintu ini. Urik sudah pulang.”
Seorang wanita mengintai daripada tingkap di sebelah pintu. Saat dia memastikan suara itu adalah daripada anaknya, dia segera mendapatkan anaknya.
“Kenapa, Urik?” tanya ibunya.
“Tiada apa-apa, ibu,” Urik berdalih.
Di tangannya masih memegang bekas plastik yang berisi beberapa biji kuih.
Sambil menghulurkan bekas plastik itu dia berkata, “Ini untuk ibu.”
Dia tersenyum puas.
“Kamu tidak mencuri lagikan, Urik?”
“Tidak ibu. Bukankah Urik sudah berjanji.”
Ibunya merangkul tubuh anaknya yang kurus kering itu erat-erat.
“Janji ya, Urik.”
“Janji, ibu.”
Dia bingkas bangkit meninggalkan ibunya dan masuk ke biliknya. Urik seperti tidak mahu meneruskan bicaranya lagi kerana dia tahu pembohongan itu akan terus berantai dengan pembohongan yang lain. Dia melemparkan tubuhnya ke tilam nipis di lantai. Matanya memandang siling rumah yang sudah rabak dimakan air hujan. Lelaki bermata kuning menghantui fikiranya. Dia memerhatikan bulu roma di tangannya. Semuanya menegak. Tubuhnya menjadi seram sejuk setiap kali membayangkan wajah lelaki itu.
Hentakkan kuat kedengaran dari pintu masuk rumah Urik.
“Hoi, Urik ke mari kau!” teriak satu suara yang bersulam dengah hentakan pada pintu.
Suara itu dicam Urik, dia bergegas mengintai dari lubang kecil dari kecil di dinding biliknya.
“Samseng tadi. Bagaimana dia boleh tahu aku tinggal di sini!” muka Urik mula pucat. Dia mengosok-gosok mukanya.
Ibunya membuka pintu. Sekumpulan pemuda terus merempuh masuk tanpa menjelaskan tujuan mereka. Pintu bilik Urik ditendang. Cubaan Urik untuk meloloskan diri daripada tingkap gagal. Mereka mengeret Urik keluar.
“Tolong Urik, ibu. Tolong ibu,” berterusan Urik merayu.
“Apa salah anakku tuan, aku mohon lepaskan dia,” rayu ibu Urik.
“Kami daripada Balai Temenggung, anak puan, kami dapati bersalah kerana mencuri!” kata seorang lelaki sambil menunjukkan lencana kuasanya.
Ibu Urik memandang Urik. Berlinang air matanya.
“Maafkan Urik, ibu,” pohon Urik.
Dia merangkak mendapatkan mendapatkan tangan ibunya. Mengucup tangan suci itu beberapa kali sebelum diheret masuk ke dalam kereta pihak berkuasa.
Ѿ
Comments
Post a Comment