Skip to main content

Kepah Goreng

Hari ketiga: Resipi Kepah Gorenag.

Anda pun membelek buku yang dimaksudkan beberapa kali tetapi masih tidak bertemu dengan resepi yang dimaksudkan.

Jumpa? Jika tidak jumpa pendek umur.

Baiklah-baiklah resepi itu sememangnya tidak wujud. Resipi asal adalah Lala Goreng tetapi disebabkan saya hanya bertemu dengan Sang Kepah. Maka Sang Kepah itu menjad mangsa yang sungguh lazat.

Inilah hasilnya.

Kepah Goreng



Resipi Kepah Goreng ini adalah sangat mudah kerana anda hanya perlu menumis dan kemudian memasukkan semua bahan sekali gus. Rahsia keenakan masakan ini adalah pada bahan utama masakan ini iaitu Kepah (jika anda menggunakan lala bahan utamanya adalah Lala).

Kemanisan yang terhasil daripada kepah menyedapkan masakan ini.

Satu tips untuk memilih makan laut bercengkerang seperti kerang, kepah, lala dan sebagainya adalah dengan memerhatikan kepah tersebut semasa berada di dalam bekas. Jika kerang itu menutup mulutnya (mulut? sesuaikah terma ini?) semasa anda menyentuhnya bermakna kerang itu masih hidup dan pastinya segar.

Amat penting memilih kepah yang segar untuk memastikan masakan anda dipuji sampai anda kembang. Heheheheehe.


Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua cara untuk berjima apabila berbelanja:

  1. Rancang perbelanjaan anda
  2. Membeli belah di tempat yang betul

Rancang perbelanjaan anda - Dalam semua perkara perancangan akan menjimatkan anda. Perancangan bukan hanya menjimatkan masa malah menjimat fulus anda. Kerja-kerja yang last minute akan memakan diri anda kerana anda berbelanja dalam keadaan terdesak dan tidak membunya masa untuk membuat pilihan.


Membeli belah di tempat yang betul - Perkara yang sering dilakukan oleh saya sekeluarga adalah membeli-belah di pasar tani dan di kedai borong.

Pasar Tani menawarkan makanan yang segar dan murah.
Kedai borong menawarkan harga yang murah. Kadangkala perbezaannya sehingga RM0.20 setiap barang. Jimatkan.

Di kawasan Taman Melati ada sebuah kedai borong berhampiran dengan JPJ Wangsa Maju.

Itu saya setakat ini.

nota:
1. Ada orang bacakah blog saya ini?
2. Untuk mengetahui resipi sebelum ini klik di sini


Comments

Popular posts from this blog

Kilang Mimpi?

Degupan jantungku semakin reda setelah langkah larianku berubah menjadi langkah yang perlahan. “Penat betul, sudah lama tidak berjoging,” gomelku sendirian. Untuk pulang ke rumah, aku perlu melalui sebuah taman permainan yang berhampiran. Aku mula berjalan melalui kawasan taman permainan. Seorang anak kecil ketawa sakan apabila ibunya menghayunkan buaiannya naik lebih tinggi. Penatku semakin berkurang tatkala mendengar gelak ketawa anak kecil itu. Tiba-tiba aku nyaris tersungkur. Mujur aku sempat mengatur langkah. Jika tidak tersembam mukaku ini pada lantai bata bercorak coklat dan kelabu. Kasut memakan tuan. Tali kasutku nyaris menyerat tuannya sendiri. Jadi aku duduk di sebuah bangku kayu untuk mengikat semula tali kasutku. Dua orang kanak-kanak duduk di sebelahku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli pada kanak-kanak, tetapi suara salah seorang kanak-kanak itu membuatkan anak mataku mencuri melihat kanak-kanak itu. “Eh, budak di masjid hari itu,” bisikku. Kanak-kanak itu adalah kanak...

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Novel Sulungku - Herbalis: Misi Purnama Biru

From HERBALIS Memperkenalkan novel sulungku. Pendapat tentang cover ini?