Hari ini hari kedua cabaran 1 Hari 1 Resipi.
Resipinya adalah Ikan 3 Rasa. Ikan Siakap menjadi pilihan. Saya telah beberapa kali memasak resipi ini tetapi ada perkara yang luar biasa telah saya lakukan. Luar biasa yang saya maksudkan di sini adalah luar daripada norma biasa saya. Perkara luar biasa itu adalah:
Saya membeli dan mengupas sendiri sebiji nenas. Hebatkan? Hohohoho terasa hebat sebentar. (Kebetulan semasa saya menulis blog ini, rancangan Agrotek sedang bersiaran. Tajuknya juga mengenai nenas. Dua kali hebat!!!!)
Sebelum ini saya hanya membeli nenas di dalam tin. Ala nenas dalam air gula itu (Nampak sangat pemalas. Hohohohoho).
Kebanyakkan bahan-bahan yang dicatatkan dalam buku Chef Liza telah dituruti cuma ada beberapa bahan yang ditambah serta dikurangkan. (Maaf Chef Liza)
Bahan-bahan yang tambah adalah lobak, cili bulat hijau serta nenas (Nenas yang luar biasa itu!)
Bahan yang dikurangkan adalah sos tiram sebab tidak sedar sos tiram ini sudah kehabisan semasa dalam proses memasak. Saya gantikan dengan kicap dan sos plum (Memandai-mandai!)
Hidangan siap hampir jam 3 petang. Jadi ini adalah hidangan makan LunNer (Lunch + Dinner). Seperti Brunch (Breakfast + Lunch). Memandai-mandai lagi.
Inilah hasilnya.
Ikan Siakap 3 Rasa |
nota:
Maaf gambar hidangan sedikit blur sebab saya tidak biasa dengan kamera Nikon. Saya bekas pengguna Canon.
Comments
Post a Comment