Skip to main content

Songket Bertenun Sakti: Episod 1


“Ambil songket ini dan bawakannya ke istana. Hari ini putera raja akan memilih songket untuk majlis ulang tahun keputeraannya,” kata Nenek Seroja kepada Nadi.

Nadi memasukkan songket kuning bersulam benang emas ke dalam begnya, “Baiklah nenek. Tapi mengapa nenek tidak bersama Nadi untuk ke istana kali ini?”

“Nenek perlu ke kenduri di kampung sebelah untuk  majlis perkahwinan kawan nenek.”
Nadi mengangguk faham.

Dada langit masih gelap. Hanya samar-samar cahaya matahari menembusi ruang di langit.  Nadi menguak pintu hadapan dan menghidup udara pagi yang segar lagi nyaman.

“Nenek, Nadi bergerak sekarang,” kata Nadi sambil menggalas begnya.
Nenek Seroja berpesan, “Baiklah, sampai di istana nanti jangan lupa pesan nenek tentang cara untuk mempersembahkan songket.”
“Insyaallah, Nadi akan ingat. Susunan dan motifkan nenek.”

“Betul-betul,” kata Nenek Suria yang sedang tekun menenun songket di bangsal kecil di hadapan rumahnya.
Melangkahlah Nadi meninggalkan perkarangan rumahnya dengan hati yang gembira berbaur kerana hari ini merupakan kali pertama dia bertemu dengan putera diraja seorang diri.

Bertanya Nadi kepada dirinya sendiri, “Bolehkan saya mempersembahkan songket ini sebaik nenek?”
Dia mengeluh sendiri.

Istana Kota Diraja Rajawali sudah kelihatan tidak jauh daripada tempat dia berdiri. Dengupan jantung Nadi semakin pantas setiap langkah dia mara ke arah istana.

“Nadi, kamu mahu ke mana,” tanya seorang gadis india yang sedang gagah mengendung beberapa buah buku tebal.
“Oh, Kartini. Mengapa kamu di sini?” tanya Nadi sambil tersenyum hangat.

“Saya sedang mencari buku di perpustakaan di sana.”

“Buka apa? Novel cinta?” Nadi mengusik.

“Eh kamu. Novel cinta cintan ini saya sudah jarang sedang saya baca. Saya sedang mencari buku-buku kimia dan masakan.”

“Erm, kalau buku masakan itu saya faham kerana keluarga kamu membuka restauran makanan tapi buku kimia? Sangat pelik.”

“Makanan juga terdiri daripada bahan kimia. Garam adalah natrium klorida,” pantas Kartini memjawap kegusaran di minda Nadi.
Nadi mengaru kepalanya, “Saya masih belum dapat tangkap.”

“Sebenarnya saya sedang mencari cara untuk mengurangkan kolestrol dalam santan. Semenjak akhir-akhir ini orang ramai sudah mula pentingkan kesihatan. Lagipun kebanyakkan makanan di restauran saya mengunakkan santan. Saya mempunyai tanggung jawap sosial.”

“Bagus betul cara pemikiran kamu itu. Tidak lama lagi, berkembanglah perniagaan bapa kamu. Nanti, bertambahlah cawangan restauran kamu. Restauran Kartini,” puji Nadi.

“Terima kasih. Terima kasih,” ucap Kartini.

Kartini mengajak Nadi ke restauran bapanya. Nadi melabuhkan punggungnya di atas kerusi kayu.

“Kamu mahu minum apa?” tanya Kartini.

“Teh kekwa,” jawap Nadi ringkas.

Kartini bertanya, “Makan?”

“Tidak mengapa, saya sudah bersarapan,” balas Nadi.

“Abang, teh kekwa satu dan teh kosong satu,” kata Kartini kepada pelayan dalam bahasa tamil.

“Atas tujuan apakah kamu ke sini,” Kartini bertanya.

“Tidak lama lagi, akan diadakan majlis keputeraan Putera Fairuz. Saya membawa kain songket untuk dipersembahkan kepadanya,” beritahu Nadi.

“Oh begitu rupanya. Tetapi hari ini saya rasakan sesuatu yang aneh. Nenek kamu tidak turut serta?”

“Nenek Seroja tidak dapat hadir kerana dia perlu memenuhi undangan perkahwinan anak kepada sahabatnya.”

Meja mereka dihampiri pelayan restoran. Dua gelas teh diletakkan di hadapan mereka berdasarkan pesanan masing-masing. Nadi dan Kartini meneruskan perbualan mereka.

****************************************************************************

Jam di pergelanggan tangan dibelek Nadi. Jam sudah menghampiri sembilan pagi.

“Maaf saya terpaksa beredar dahulu,” Nadi memohon untuk beredar.

“Silakan. Silakan,” kata Kartini.

Nadi bergegas bangun dan beredar. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Dia kembali ke mejanya tadi.

“Berapa harga air ini?” tanya Nadi.

“Kamu tidak perlu membayarnya. Saya belanja kamu hari ini,” kata Kartini.

“Terima kasih,” ucap Nadi.

Nadi mula berlari kecil menuju ke arah istana kerana menyedari dia sudah terlambat.Sebaik sahaja berada di hadapan pintu masuk, pengawal menghampirinya.

“Apakah tujuan kamu untuk masuk ke dalam istana?” tanya pengawal itu dengan suara yang garau dan tegas.
“Saya ke mari untuk ….”

Belum sempat Nadi menghabiskan ayat, satu suara menyuruh pengawal sebentar tadi membenarkan Nadi masuk.

“Biarkan kanak-kanak itu masuk. Dia ke mari untuk mempersembahkan songket kepada putera di raja,” suara itu datang daripada pengawal yang lebih berusia daripada pengawal yang bersuara garau tadi.

 “Lekas-lekas masuk ke dalam. Penjual songket lain sudah lama sampai. Jangan terlepas pula peluang kamu untuk berniaga,” suruh Pak Zamani.

“Terima kasih setinggi langit dan sedalam dasar Laut Hitam Pak Zamani,” ucap Nadi sambil berlari menuju masuk pintu istana.

****************************************************************************

Pintu kamar Putera Fairuz hampir ditutup pengawal.

“Nanti! Nanti jangan tutup pintu itu lagi,” teriak Nadi dari hujung koridor.

Mendengar teriakan Nadi, pengawal menahan pintu masuk. Nadi berlari sekuat hati dan sepantas mungkin untuk masuk ke dalam kamar Putera Fairuz. Nadi tergelincir sebaik sahaja berada di hadapan pintu kamar. Semua pasangan mata beralih ke arah Nadi.

“Maafkan patik tuanku kerana patik terlambat,” ucap Nadi sambil menundukkan kepalanya.

“Tidak mengapa,” kata Putera Fairuz dengan nada yang perlahan dan tersekat-sekat.

Lima orang berada di kamar Putera Fairuz selain Nadi. Putera Fairuz yang sedang mencuba songket di hadapan cermin.  Tiga penjual songket turut berada di situ. Orang yang terakhir, seorang lelaki muda bergaya dengan pita ukur di lehernya dan sebilah gunting di sisinya seperti pahlawan perang.

“Tukang jahit diraja, songket berwarna hitam ini sesuai untuk dijadikan pakaian beta untuk hari istimewa itu nanti?” tanya Putera Fairuz kepada lelaki bergaya tadi.

“Sangat sesuai tuanku. Warna hitam ini menyerap cahaya sesuai untuk menyembunyikan badan tuanku yang boroi dan boyot itu. Opss, maafkan patik tuanku,” tukang jahit segera menutup mulutnya apabila menyedari ketelanjuran bicaranya.

Riak wajah Putera Fairuz pantas berubah masam dan sedih. Baginda menundukkan kepalanya bawah.

“Patik rasakan warna hitam itu tidaklah sesuai kerana hitam itu melambangkan kemurungkan tuanku,” celah satu suara.
Kata seorang penjual songket kepada Nadi, “Eh, kamu diam. Jangan hendak menunjuk pandai.”

Putera Fairuz menoleh ke belakang kerana ingin mencari suara yang mencaleh tadi.

“Siapakah yang berani mencelah perbualan beta dan tukang jahit,” tanya Putera Fairuz.

Nadi terdiam kerana ketakutan. Jari-jari telunjuk penjual songket lain menunding ke arah Nadi. Putera Fairuz merenung tepat ke arah Nadi. Nadi menelan air liur.

bersambung......

Comments

Popular posts from this blog

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Herbalis: Misi Purnama Biru Sudah Terbit

Baru sebentar tadi aku pergi ke gudang PTS untuk mengambil 10 naskah yang beri secara percuma oleh PTS kepada penulisnya. Alhamdullilah, akhirnya terbit juga novel ini. From HERBALIS From HERBALIS From HERBALIS

Teori Efek Rama-rama (Butterfly Effect Theory)

Menurut teori ini, sesuatu perubahan kecil pada satu pembolehubah boleh memyebabkan perubahan yang ketara pada sesuatu sistem yang kompleks. Teori ini mengatakan pergerakkan kepak rama-rama mampu mengubah atmosfera bumi sehinggakan ia mampu mengubah pergerakan atau kewujudan putting beliung di satu kawasan. Perubahan kecil pada kehidupan akan membawa kesan yang besar pada masa depan, itu yang aku faham jika teori ini dikaitkan dengan kehidupan manusia yang merupakan salah satu sistem yang kompleks di dalam dunia. Tiada siapa mampu untuk meramal dengan tepat pergerakan atau perilaku manusia satu detik ke hadapan. Anda yakin dengan teori ini? Mari kita lihat pada kehidupan kita pada hari ini. Kronologi Senario Terburuk Ekstrem (Kes Curi Selipar) Encik A telah mencuri sepasang sepasang kasut selepas selesai solat Jumaat Pemilik kasut menunggu sehingga semua jemaah pulang dengan harapan dia menjumpai kasutnya semula. Tetapi setelah lama menanti, dia tidak jua menjumpai kasutnya. Pemilik ka