Skip to main content

Songket Bertenun Sakti: Episod 2

“Patik, tuanku. Patik mohon ampun tuanku. Patik mohon ampun,” kata Nadi dalam nada tersekat-sekat bersulam ketakutan.

Dek kerana kasihankan Nadi yang mengigil ketakutan itu, Putera Fairuz berkata, “Tidak mengapa. Beta memaafkan kamu.”

“Terima kasih, tuanku,” ucap Nadi bersungguh-sungguh.

Satu gemerlapan cahaya dari beg Nadi menarik perhatian Putere Fairuz.

Putera Faizul bertanya, “Apakah yang berada di dalam beg kamu itu?”

“Kain songket, tuanku. Kain songket untuk dipersembahkan kepada tuanku,” jelas Nadi. Suaranya masih tergetar-getar ketakutan.
“Kain songket? Persembahkan kepada beta,” suruh Putera Fairuz.

Segera Nadi mengeluarkan kain songket tenunan neneknya dari begnya. Dengan penuh hormat, dia menghamparkan  songket pada lengan kirinya. Dengan langkah teratur Nadi menghampiri Putera Fairuz.

“Songket ini adalah Songket Terengganu. Warna ungu bersulam benang perak ini sangat sesuai dengan tuanku,” kata Nadi.

Kain songket disentuh Putera Fairuz. Perlahan-lahan jari-jemarinya bergerak meneliti tenunan bermotif bunga-bunganya.

“Sungguh halus dan indah tenunannya,” ucap Putera Fairuz.

“Terima kasih, tuanku,” Nadi berterima kasih.

“Beta membuat keputusan untuk menggunakan songket daripada saudara ini pakaian beta pada hari keputeraan beta. Kepada penjual songket yang lain, maafkan beta,” kata Putera Fairuz.

Penjual-penjual songket yang lain bersurai daripada kamar Putera Fairuz  dan meninggalkan Nadi seorang diri di situ. Tukang jahit diraja mengambil kain songket daripada Nadi dan mula mengukur kain itu dengan sebatang pembaris kayu.

Dia mengelengkan kepalanya, “Tuanku, kain ini tidak sesuai dengan tuanku.”

“Tidak sesuai? Apakah maksudmu? Adakah kerana warnanya atau coraknya?” tanya Putera Fairuz.

“Kain ini tidak cukup untuk membuat pakaian tuanku. Kain ini hanya 3 meter sahaja. Untuk membuat pakaian tuanku, sekurang-kurangnya 5 meter, tuanku,” jelas tukang jahit diraja.

Suram wajah Putera Fairuz. Dia memandang dirinya pada cermin. Seorang remaja gemuk dan boroi di hadapannya.

“Tuanku, tidak mengapa. Patik akan meminta nenek patik untuk menenum kain songket yang lebih besar. Esok patik akan membawanya kepada tuanku. Patik berjanji,” Nadi cuba menceriakan hati Putera Faizul.

Barulah terukir sedikit senyum pada wajah Putera Fairuz.

“Jika begitu beta akan bertemu kamu lagi esok,” kata Putera Fairuz.

“Baiklah, tuanku. Patik mohon untuk beredar. Patik perlu pulang ke rumah dengan segera untuk menyiapkan kain songket yang dipesan tuanku,” Nadi memohon diri.
“Silakan, silakan,” Putera Fairuz memberi keizinan.

Nadi mula melangkah menuju keluar ke pintu kamar. Belum sempat tangan Nadi menyentuh tombol pintu, pintu kamar tiba-tiba terbuka.

Seoranag wanita berambut mengerbang muncul di hadapan muka pintu. Tangannya memegang sebuah mangkuk besar. Asap-asap putih muncul daripada mangkuk besar itu.

“Ya Allah,” jerit Nadi.

Comments

  1. bila nak letak gambar kawin ko hehhehe

    ReplyDelete
  2. bile nak post gambo kawin...apekah dosa nya? knape begini wahai encik bullah...

    ReplyDelete
  3. Maaf. Di rumah tidak ada kemudahan internet. Insyaallah, dalam bulan ini ada. Tunggu~~.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Herbalis: Misi Purnama Biru Sudah Terbit

Baru sebentar tadi aku pergi ke gudang PTS untuk mengambil 10 naskah yang beri secara percuma oleh PTS kepada penulisnya. Alhamdullilah, akhirnya terbit juga novel ini. From HERBALIS From HERBALIS From HERBALIS

Teori Efek Rama-rama (Butterfly Effect Theory)

Menurut teori ini, sesuatu perubahan kecil pada satu pembolehubah boleh memyebabkan perubahan yang ketara pada sesuatu sistem yang kompleks. Teori ini mengatakan pergerakkan kepak rama-rama mampu mengubah atmosfera bumi sehinggakan ia mampu mengubah pergerakan atau kewujudan putting beliung di satu kawasan. Perubahan kecil pada kehidupan akan membawa kesan yang besar pada masa depan, itu yang aku faham jika teori ini dikaitkan dengan kehidupan manusia yang merupakan salah satu sistem yang kompleks di dalam dunia. Tiada siapa mampu untuk meramal dengan tepat pergerakan atau perilaku manusia satu detik ke hadapan. Anda yakin dengan teori ini? Mari kita lihat pada kehidupan kita pada hari ini. Kronologi Senario Terburuk Ekstrem (Kes Curi Selipar) Encik A telah mencuri sepasang sepasang kasut selepas selesai solat Jumaat Pemilik kasut menunggu sehingga semua jemaah pulang dengan harapan dia menjumpai kasutnya semula. Tetapi setelah lama menanti, dia tidak jua menjumpai kasutnya. Pemilik ka