Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

Novel Sulungku - Herbalis: Misi Purnama Biru

From HERBALIS Memperkenalkan novel sulungku. Pendapat tentang cover ini?

Hafiz & Efa ... Akan datang

From Hafiz & Efa Wedding Minggu lepas, aku ke Taiping untuk majlis perkahwinan Hafiz dan Efa.

Syafiq & Baizura

From Syafiq & Baizura Wedding From Syafiq & Baizura Wedding From Syafiq & Baizura Wedding From Syafiq & Baizura Wedding Akhirnya sempat edit gambar... esok Taiping pula

Syafiq & Baizura ... Akan Datang

From Syafiq & Baizura Wedding From Syafiq & Baizura Wedding Akhirnya blog ini dikemaskini.... Gambar perkahwinan Syafiq dan Baizura, Seberang Prai, Pulau Pinang. Gambar perkahwinan aku?

Songket Bertenun Sakti: Episod 2

“Patik, tuanku. Patik mohon ampun tuanku. Patik mohon ampun,” kata Nadi dalam nada tersekat-sekat bersulam ketakutan. Dek kerana kasihankan Nadi yang mengigil ketakutan itu, Putera Fairuz berkata, “Tidak mengapa. Beta memaafkan kamu.” “Terima kasih, tuanku,” ucap Nadi bersungguh-sungguh. Satu gemerlapan cahaya dari beg Nadi menarik perhatian Putere Fairuz. Putera Faizul bertanya, “Apakah yang berada di dalam beg kamu itu?” “Kain songket, tuanku. Kain songket untuk dipersembahkan kepada tuanku,” jelas Nadi. Suaranya masih tergetar-getar ketakutan. “Kain songket? Persembahkan kepada beta,” suruh Putera Fairuz. Segera Nadi mengeluarkan kain songket tenunan neneknya dari begnya. Dengan penuh hormat, dia menghamparkan  songket pada lengan kirinya. Dengan langkah teratur Nadi menghampiri Putera Fairuz. “Songket ini adalah Songket Terengganu. Warna ungu bersulam benang perak ini sangat sesuai dengan tuanku,” kata Nadi. Kain songket disentuh Putera Fairuz. Perlahan-lahan jari-jemarinya bergera

Songket Bertenun Sakti: Episod 1

“Ambil songket ini dan bawakannya ke istana. Hari ini putera raja akan memilih songket untuk majlis ulang tahun keputeraannya,” kata Nenek Seroja kepada Nadi. Nadi memasukkan songket kuning bersulam benang emas ke dalam begnya, “Baiklah nenek. Tapi mengapa nenek tidak bersama Nadi untuk ke istana kali ini?” “Nenek perlu ke kenduri di kampung sebelah untuk  majlis perkahwinan kawan nenek.” Nadi mengangguk faham. Dada langit masih gelap. Hanya samar-samar cahaya matahari menembusi ruang di langit.  Nadi menguak pintu hadapan dan menghidup udara pagi yang segar lagi nyaman. “Nenek, Nadi bergerak sekarang,” kata Nadi sambil menggalas begnya. Nenek Seroja berpesan, “Baiklah, sampai di istana nanti jangan lupa pesan nenek tentang cara untuk mempersembahkan songket.” “Insyaallah, Nadi akan ingat. Susunan dan motifkan nenek.” “Betul-betul,” kata Nenek Suria yang sedang tekun menenun songket di bangsal kecil di hadapan rumahnya. Melangkahlah Nadi meninggalkan perkarangan rumahnya dengan hati ya

Undangan Perkahwinan

Jemput hadir ke majlis perkahwinan saya From other From other Pereka Kad: Syafiq  

Peluang Tidak Selalu Hadir

From FISH_AND_RICE “Mengapa bermuram suram seperti disapa kegelisahan yang perit,” Tuan Hazim bertanya kepada Tuan Nasrul yang daripada bersuram duka di bawah pohon gajus. Tuan Nasrul sesedar daripada lamunan kegelisahannya talkala disapa Tuan Hazim, “Hazim, kamu rupanya. Erm, sebenarnya saya dalam dilema sekarang,” ucap Tuan Nasrul dalam helaan mengeluh. “Dilema? Dilema cinta?” usik Tuan Hazim. Pantas Tuan Nasrul mencantas usikkan Tuan Hazim, “Mana ada. Hazim, Hazim, sikit-sikit cinta. Sikit-sikit cinta. Tahulah kamu akan berkahwin tidak lama lagi. Sudah bersediakah?” “Amboi, saya pula yang terkena. Ha, tadi kamu kata dalam dilema. Dilema tentang apa?” “Semalam, saya telah menerima surat tawaran untuk menjalankan penyelidikan perikanan di Negara Pukat dan Jala. Hendak terima atau tidak. Itu dilemanya.” Sambil memetik sebiji buah gajus yang bergantungan di atas kepalanya, Tuan Hazim berkata, “Apa susah. Terima sajalah tawaran itu.” “Tapi, upahnya sedikit murah berbanding di sini,” kata

Perkahwinan Zamani dan Siti Munirah

From MUNIRAH & ZAMANI From MUNIRAH & ZAMANI From MUNIRAH & ZAMANI From MUNIRAH & ZAMANI From MUNIRAH & ZAMANI

Sudah Siap

Album sudah siap. From other From other

Projek Album CM

Projek fotografi yang terbaru aku. Nama : Projek Album CM Klien : Akan diumumkan From Projek Album CM From Projek Album CM From Projek Album CM From Projek Album CM Untuk lebih banyak gambar klik di sini  

Negara Gangsa Seni Ditawan

"Apakah yang sedang berlaku sekarang ini? Daripada tadi saya terdengar perkataan 'Gangsa' sering melata di bibir penduduk kota ini? Adakah lombong gangsa baru diterokai?" tanya Tuan Hazim kepada Tuan Niang. "Alangkah manisnya jika lombong gangsa yang ditemui di negara ini. Tetapi bukan 'Gangsa' logam yang dibicarakan tetapi Negara Gangsa Seni yang dibincangkan," kata Tuan Niang. "Kenapa dengan Negara Gangsa Seni?" Tuan Hazim menghirup teh panas bercampur madu di atas mejanya. "Tuan tidak membaca utusan daripada merpati semalam?" "Tidak." "Semalam, negara itu telah ditawan kembali pemberontak." "Ditawan kembali! Bagaimana ini boleh berlaku?" Tuan Hazim tersentak, hampir sembur teh yang dihirupnya sebentar tadi. "Kerajaan Kerjasama Masyarakat telah dikhianati oleh dua orang orangnya sendiri." "Isk, isk. Tidak ini tidak patut berlaku. Kepercayaan rakyat diperkosa dan dilanyak seperti tidak