Skip to main content

Peluang Tidak Selalu Hadir





From FISH_AND_RICE



“Mengapa bermuram suram seperti disapa kegelisahan yang perit,” Tuan Hazim bertanya kepada Tuan Nasrul yang daripada bersuram duka di bawah pohon gajus.

Tuan Nasrul sesedar daripada lamunan kegelisahannya talkala disapa Tuan Hazim, “Hazim, kamu rupanya. Erm, sebenarnya saya dalam dilema sekarang,” ucap Tuan Nasrul dalam helaan mengeluh.

“Dilema? Dilema cinta?” usik Tuan Hazim.

Pantas Tuan Nasrul mencantas usikkan Tuan Hazim, “Mana ada. Hazim, Hazim, sikit-sikit cinta. Sikit-sikit cinta. Tahulah kamu akan berkahwin tidak lama lagi. Sudah bersediakah?”

“Amboi, saya pula yang terkena. Ha, tadi kamu kata dalam dilema. Dilema tentang apa?”

“Semalam, saya telah menerima surat tawaran untuk menjalankan penyelidikan perikanan di Negara Pukat dan Jala. Hendak terima atau tidak. Itu dilemanya.”

Sambil memetik sebiji buah gajus yang bergantungan di atas kepalanya, Tuan Hazim berkata, “Apa susah. Terima sajalah tawaran itu.”

“Tapi, upahnya sedikit murah berbanding di sini,” kata Tuan Nasrul.

“Tidak usah memandang pada upah yang hanya berbeza sedikit itu. Pengalaman di sana lebih berharga. Lebih lama kamu di sini, semakin tumpul akalmu,” nasihat Tuan Hazim.

“Jadi, saya patut menerima tawaran ini?” Tuan Nasrul mencari kepastian dalam nasihat Tuan Hazim.

“Jika saya menjadi kamu, saya akan menerimanya. Peluang tidak datang selalu,” kata Tuan Hazim.

Terukir senyuman pada bibir Tuan Nasrul.

Tuan Nasrul berkata, “Terima kasih, Hazim.”

“Terima kasih sahaja. Yuran nasihatnya mana?” usik Tuan Hazim.

Mereka ketawa bersama-sama.

Comments

Popular posts from this blog

Kilang Mimpi?

Degupan jantungku semakin reda setelah langkah larianku berubah menjadi langkah yang perlahan. “Penat betul, sudah lama tidak berjoging,” gomelku sendirian. Untuk pulang ke rumah, aku perlu melalui sebuah taman permainan yang berhampiran. Aku mula berjalan melalui kawasan taman permainan. Seorang anak kecil ketawa sakan apabila ibunya menghayunkan buaiannya naik lebih tinggi. Penatku semakin berkurang tatkala mendengar gelak ketawa anak kecil itu. Tiba-tiba aku nyaris tersungkur. Mujur aku sempat mengatur langkah. Jika tidak tersembam mukaku ini pada lantai bata bercorak coklat dan kelabu. Kasut memakan tuan. Tali kasutku nyaris menyerat tuannya sendiri. Jadi aku duduk di sebuah bangku kayu untuk mengikat semula tali kasutku. Dua orang kanak-kanak duduk di sebelahku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli pada kanak-kanak, tetapi suara salah seorang kanak-kanak itu membuatkan anak mataku mencuri melihat kanak-kanak itu. “Eh, budak di masjid hari itu,” bisikku. Kanak-kanak itu adalah kanak...

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Novel Sulungku - Herbalis: Misi Purnama Biru

From HERBALIS Memperkenalkan novel sulungku. Pendapat tentang cover ini?