Skip to main content

Negara Gangsa Seni Ditawan

"Apakah yang sedang berlaku sekarang ini? Daripada tadi saya terdengar perkataan 'Gangsa' sering melata di bibir penduduk kota ini? Adakah lombong gangsa baru diterokai?" tanya Tuan Hazim kepada Tuan Niang.

"Alangkah manisnya jika lombong gangsa yang ditemui di negara ini. Tetapi bukan 'Gangsa' logam yang dibicarakan tetapi Negara Gangsa Seni yang dibincangkan," kata Tuan Niang.

"Kenapa dengan Negara Gangsa Seni?" Tuan Hazim menghirup teh panas bercampur madu di atas mejanya.

"Tuan tidak membaca utusan daripada merpati semalam?"

"Tidak."

"Semalam, negara itu telah ditawan kembali pemberontak."

"Ditawan kembali! Bagaimana ini boleh berlaku?" Tuan Hazim tersentak, hampir sembur teh yang dihirupnya sebentar tadi.

"Kerajaan Kerjasama Masyarakat telah dikhianati oleh dua orang orangnya sendiri."

"Isk, isk. Tidak ini tidak patut berlaku. Kepercayaan rakyat diperkosa dan dilanyak seperti tidak berharga."

"Apa yang hangat dibincangkan tuan berdua ini. Lebih hangat daripada biasa sahaj perbincanga tuan-tuan ini," celah seorang pemuda berkuda hitam.

"Tuan Safri rupanya. Kami berbicara tentang Kerajaan Gangsa Seni yang ditawan kembali pemberontak," jelas Tuan Niang.

"Saya mendengar khabar ada pengkhianat dalam Kerajaan  Kerjasama Masyarakat. Benarkah?" tanya Tuan Safri seakan-akan berbisik.

"Benar sangatlah itu. Geram benar saya," Tuan Niang menghentak meja warung.

Hampir semua mata yang berada di warung memanah pandangan mereka ke arah Tuan Niang. Tetapi dia buat tidak peduli akan panahan-panahan itu.

Tuan Hazim berkata, "Sabar Tuan Niang, mungkin itu tapisan daripada Allah."

"Tapisan daripada Allah? Maksud tuan?" tanya Tuan Niang.

"Ini mungkin perancangan Allah. Allah telah menapis orang-orang yang tidak layak untuk memimpin di peringkat awal. Jika tidak ditapis sekarang mungkin lebih besar bencana yang dibawa kedua-dua pengkhianat itu di masa hadapan," jelas Tuan Hazim.

"Setuju, setuju. Saya setuju benar dengan pendapat tuan. Allah merancang, kita juga merancang. Tetapi perancangan Allah lebih baik," kata Tuan Safri.

Comments

Popular posts from this blog

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Herbalis: Misi Purnama Biru Sudah Terbit

Baru sebentar tadi aku pergi ke gudang PTS untuk mengambil 10 naskah yang beri secara percuma oleh PTS kepada penulisnya. Alhamdullilah, akhirnya terbit juga novel ini. From HERBALIS From HERBALIS From HERBALIS

Teori Efek Rama-rama (Butterfly Effect Theory)

Menurut teori ini, sesuatu perubahan kecil pada satu pembolehubah boleh memyebabkan perubahan yang ketara pada sesuatu sistem yang kompleks. Teori ini mengatakan pergerakkan kepak rama-rama mampu mengubah atmosfera bumi sehinggakan ia mampu mengubah pergerakan atau kewujudan putting beliung di satu kawasan. Perubahan kecil pada kehidupan akan membawa kesan yang besar pada masa depan, itu yang aku faham jika teori ini dikaitkan dengan kehidupan manusia yang merupakan salah satu sistem yang kompleks di dalam dunia. Tiada siapa mampu untuk meramal dengan tepat pergerakan atau perilaku manusia satu detik ke hadapan. Anda yakin dengan teori ini? Mari kita lihat pada kehidupan kita pada hari ini. Kronologi Senario Terburuk Ekstrem (Kes Curi Selipar) Encik A telah mencuri sepasang sepasang kasut selepas selesai solat Jumaat Pemilik kasut menunggu sehingga semua jemaah pulang dengan harapan dia menjumpai kasutnya semula. Tetapi setelah lama menanti, dia tidak jua menjumpai kasutnya. Pemilik ka