Seroja menerima panggilan daripada Pusat Rawatan Melati Putih. “Puan Seroja, kami mendapati sesuatu yang aneh pada susun atur genetik mangsa pemintal mimpi,” ucap seorang perawat di hujung talian. “Hantarkan salinan genetik kepadaku.” Sebaik sahaja salinan genetik mangsa sampai kepadanya, dia segera mengarahkan NALURI untuk membuat analisa. “Bandingkan atur genetik ini dengan gadis yang dalam usia yang hampir sama,” arah Seroja kepada Naluri “Pelbagai faktor telah diambil kira. Aturan genetuk mereka sentiasa berubah daripada masa ke semasa.” “Berubah?” Seroja mengerut muka. “Apa maksudmu? Bukankah aturan genetik manusia kekal selamanya. Itulah identiti manusia.” “Saya tidak pasti mengapa. Namun sample salinan genetik yang telah dianalisa menunjukkan terdapat bendasing yang tiada dalam database perubatan umum.” “Tunjukkan aku gambar bendasing itu.” Sebuah paparan pada skrin hologram menjelma. Sebuah microorganisma nano robotik kelihatan. Wajah Seroja pucat. Dia mendapatkan kunci mot
“Aku sudah menjalankan tugasku. Aku memohon kalian menghantar aku pulang. Rasanya sudah seharian aku berada di sini. Gusar sahabat-sahabat akan risau kerana aku pergi tanpa sebarang perkhabaran.” “Hanya tuhan sahaja mampu membalas baktimu, Hatadi. Dan kami berjanji akan menghantarmu pulang sebentar nanti. Tetapi sebelum itu, aku ingin menjemputmu ke rumahku. Ada sesuatu yang ingin aku berikan kepada kamu,” ujar Malik. “Tidak perlu, Malik. Tidak perlu sebarang ganjaran,” Hatadi menolak pelawaan itu. “Tetapi aku akan melanggar amanah Dr Denai jika tidak dapat memberikan kamu barang itu.” Seroja kelihatan cuba meninggalkan bilik saat suaminya dan Hatadi berbual. Malik bertanya, “Seroja mahu ke mana?” “Tempat biasa, abang,” balas Seroja. “Tetapi tetamu kita ini perlu pulang segera.” Hatadi mencelah, “Tidak mengapa, aku boleh meluangkan masa lagi di sini.” Mereka dibawa Seroja ke bilik rawatan kanak-kanak. Kanak-kanak di situ gembira dengan kehadiran Seroja. “Ibu Seroja!” panggil seorang