Skip to main content

Posts

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 15

  Tiba-tiba Hatadi merasakan sesuatu yang sangat aneh. Langit malam dalam sekelip mata berubah menjadi siang. Dia dalam kekeliruan dan soalan wanita tidak menjadi perhatiannya sekarang. Dia memandang papan tanda. Semuanya yang belum ini ditulis dalam bentuk tulisan rumi berubah kepada tulisan Jawi. Dia mencari bangku untuk duduk. Jantung tiba-tiba berdegup pantas. Titisan peluh memaut-maut pada dahinya. “Ya Allah. Lindungi hambamu ini,” doanya dalam penuh kecelaruan. Wanita tadi duduk di sebelahnya.  “Kenapa tuan?” tanya wanita itu. “Di mana aku?” “Kamu di stesen Gombak.” Mata Hatadi memerhatikan sekeliling. Memang benar seperti yang dikatakan wanita itu. Fizikal kawasan itu seperti stesen Gombak. Tetapi suasananya jauh berbeza. Malam yang dalam sekelip mata menjadi siang. Kelibat manusia-manusia berpakaian aneh menganggu fikirannya.  “Gombak di Negera Sunda,” wanita itu cuba meleraikan kekusutan Hatadi. “Negera Sunda?” Hatadi semakin keliru. Dia mengurut-gurut kepalanya....

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 14

  Sebuah kerusi ditarik keluar daripada meja pejabatnya. Di situ Hatadi banyak menghabiskan masa mengkaji penulisan manuskrip Alam Melayu kerana itu fokus korpus penyelidikan PhDnya. Dia meletakkan sebuah thesis bertajuk “Penggunaan Kepintaraan Buatan dalam Kajian Manuskrip Alam Melayu” ke dalam laci paling atas. Satu bab besar dalam hidupnya telah selesai. “Alhamdullilah,” bisik hatinya. Peristiwa menemui manuskrip lama di rumah neneknya sepuluh tahun lalu telah menjadi motivasi kepada dirinya untuk mendalami Alam Melayu. “Anak muda, bagaimana dengan ujian pengijazah kamu? Pasti mudah bukan.” “Dr Denai, rupanya. Aku tidak sedar Dr  sudah berada di sini. Sudah lama sampai?” “Baru sebentar tadi. Maafkan aku kerana masuk tidak berjemput.”  “Tidak mengapa, pintu bilik ini sentiasa terbuka kepada seorang pakar seperti tuan.” Lelaki tua itu duduk berhadapan Hatadi. Dr Denai bertanya, “Di mana peta yang kami ingin tunjukkan kepada aku itu.” “Sebentar.” Sebuah tiub simpanan dike...

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 13

  Universiti Kuala Lumpur. Malaysia. Seorang pemuda dengan rambut kurang terurus membentangkan sesuatu kepada barisan panel di hadapannya. Mereka kelihatan serius menghadam pembentangan itu.  “Apakah tambah nilai penyelidikan kamu yang menjadikan kajian penyumbang kepada pengetahuan semasa?” tanya wanita salah seorang panel itu. Daripada sebutannya, pemuda itu dapat meneka wanita itu daripada Rusia. “Terima kasih, Dr Tania. Majority maklumat sejarah tentang orang Melayu telah ditulis ole oreientalis barat dengan bermatlamat merendahkan harga diri bangsa yang dijajah mereka. Kajian saya memberi alat kepada kita melihat bagaimana sejarah orang Melayu  khususnya direkod. Ia memberi penyelidik akan datang untuk mengunakannya untuk rujuk silang untuk membolehkan mereka mendapatkan penenuman baru sejarah.”  “Boleh kamu terangkan lebih lanjut?” seorang panel mencelah “Cara orang Melayu mewariskan sejarah pada zaman sila tidak seperti orang barat menulis sejarah. Orang Melay...

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 12

  “Jangan risau, aku hanya perlukan maklumat tentang peluru ini.” Waris membuka beg bukti dan meletakkan peluru itu di atas lapisan baldu. Dengan sepasang penyepit dan sebuah kanta pembesar dia meneliti peluru itu. Kedai itu menjadi sunyi sepanjang penelitian Waris. Suara Waris memecah kesunyian, “Peluru ini tidak sudah tidak lagi dihasilkan. Sepuluh  tahun lalu, pembuatannya dihentikan dan baki peluru-peluru ini dihapuskan pihak kerajaan kerana terlalu berbahaya.” “Jadi mengapa masih digunakan?” tanya Malik. “Pasti peluru ini diseludup keluar semasa arahan penghapusan itu dikeluarkan,” teka Seroja. Sahut Waris, “Mungkin.”  Waris memasukkan kembali peluru-peluru itu ke dalam beg bukti dan dia menyerahkannya kembali. Kain baldu yang melapik peluru itu dibakar dan dicampak ke dalam sebuah tembikar. “Mengapa kau membakar kain itu?” tanya Malik yang aneh dengan tingkah lalu Waris. “Peluru itu mengandungi air liur Kelembai, aku tidak mahu menjadi batu.” “Terima kasih. Sebelum ...