Sebaik sahaja rumah itu berhenti bergerak. Malik terjun daripada tingkat atas. Pistol diacukan ke arah nenek kebayan itu. “Berhenti dan undur perlahan-lahan sebelum peluru ini menjamah tubuhmu,” arah Malik tegas. Perlahan-lahan dia menjauhkan diri daripada mesin pemintal itu seperti yang diarahkan.Namun, matanya menyorot ganas. Tiba-tiba dia melompat dan cuba menerkam Malik. Seroja sudah bersedia. Sebelum sempat menyentuh Malik, Seroja menembak jaring ke arah wanita itu. Nenek kebayan itu tercampak dalam selimut jaring besi yang membalut tubuhnya. Dia bertambah ganas. Dia meronta cuba mencarik jaring dengan giginya yang tajam itu tetapi gagal. Setiap kali dia cuba meronta jerutan jaring itu semakin kemas mengikat badannya. “Pasukan satu, masuk. Sasaran sudah diberkas.” Seroja memerhatikan ruang tamu yang berselerak itu. Sebuah manuskrip berselerakan di atas meja besar. Skema binaan mesin pemintal mimpi itu adalah sebahagian daripada manuskrip itu. Dia membidik gambar manuskrip se...