Skip to main content

Ramalan Pilihan Raya

Sedang hangat aku melayari komen-komen di ruang facebook, aku terdengar bunyi seperti ada sesuatu yang sedang mencakar tingkap bilik aku.

Jam menunjukan jam 10 malam

Terlintas cerita hantu makcik jual karipap dibenak fikiran.

"Awal lagi makcik ni," bisik aku.

Meow meow.

Nyaring bunyi mengiau itu. Dan dapat saat itu aku tahu siapa yang datang berkunjung ke rumahku. Kunci tingkap dibuka dan tetamu itu aku benarkan masuk ke dalam bilik.

"Ada apa malam-malam ini, Sang Ilham?"

"Nak berziarah. Tidak bolehkah?"

"Bukan maksudku. Selalunya kunjunganmu berserta berita."

Sang tersenyum menampakan barisan giginya, "Macam tahu-tahu sahaja."

"Mestilah tahu. Kamu itu sudah aku kenali semenjak beberapa tahun lalu."

"Sini! Sini," Si Kucing itu meminta aku menghampirkan telinga aku kepadanya.

Bisiknya, "Aku telah membaca bintang dan ramalkan Barisan Nasional akan menang besar kali ini."

"Itu? Nah ambik ini."

Jemari aku menjentik telinga Sang Ilham.

"Aduh, kenapa? Kamu marah? Kalau aku katakan Pakatan Rakyat akan menang benar, kau akan marah juga?"

"Tentulah, ini bukan sebab siapa yang menang yang membuatkan aku marah. Kamu ini sejak bila pula menjadi ahli kucing nujum ini."

"Sahaja bergurau Tuan Hasbullah. Serius benar sekarang. Selamat tinggal. Nanti aku berkunjung lagi."

Dengan langkah lincah dia meninggalkan bilik aku.

Comments

Popular posts from this blog

Kilang Mimpi?

Degupan jantungku semakin reda setelah langkah larianku berubah menjadi langkah yang perlahan. “Penat betul, sudah lama tidak berjoging,” gomelku sendirian. Untuk pulang ke rumah, aku perlu melalui sebuah taman permainan yang berhampiran. Aku mula berjalan melalui kawasan taman permainan. Seorang anak kecil ketawa sakan apabila ibunya menghayunkan buaiannya naik lebih tinggi. Penatku semakin berkurang tatkala mendengar gelak ketawa anak kecil itu. Tiba-tiba aku nyaris tersungkur. Mujur aku sempat mengatur langkah. Jika tidak tersembam mukaku ini pada lantai bata bercorak coklat dan kelabu. Kasut memakan tuan. Tali kasutku nyaris menyerat tuannya sendiri. Jadi aku duduk di sebuah bangku kayu untuk mengikat semula tali kasutku. Dua orang kanak-kanak duduk di sebelahku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli pada kanak-kanak, tetapi suara salah seorang kanak-kanak itu membuatkan anak mataku mencuri melihat kanak-kanak itu. “Eh, budak di masjid hari itu,” bisikku. Kanak-kanak itu adalah kanak...

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 18

  Seroja bergegas masuk ke dalam pod. Malik yang terlihat gelang di tangan Seroja berasa kurang senang. “Gelang itu?” “Ya, abang.” “Tapi bukankan kita sudah bincangkan. Seroja tidak perlukan gelang ini.” “Anggaplah ia hanya sebagai satu jaminan kalau berlaku apa-apa.” “Suka hati awaklah,” Malik sudah faham dengan perihal isterinya yang jika dia membuat keputusan amat sukar untuk diyakinkan untuk mengubahnya. Hatadi yang berada dalam kereta itu berasa kekok terperangkap dalam situasi itu.  "Adakah kata-kata aku tidak lagi bererti buatmu?" Seroja memaling pandangannya keluar. Air matanya gugur. "Kanda, jangan biarkan kata katamu menjadikannaku permaisurimu yang derhaka" Malik terkedu. tidak menyangka katanya menghiris hati wanita yang dicintainya. Sambung Seroja, "Kanda tidak faham kelocaknya hati ini saat penyakit itu menyerang.” "Aku memohon maaf kerana kelancangan lidahku ini." ΡΎ Pod berhenti di Hospital Utama Melati Putih. Dalam perjalanan menuju ke...

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 20

  Seroja menerima panggilan daripada Pusat Rawatan Melati Putih. “Puan Seroja, kami mendapati sesuatu yang aneh pada susun atur genetik mangsa pemintal mimpi,” ucap seorang  perawat di hujung talian. “Hantarkan salinan genetik kepadaku.” Sebaik sahaja salinan genetik mangsa sampai kepadanya,  dia segera mengarahkan NALURI untuk membuat analisa. “Bandingkan atur genetik ini dengan gadis yang dalam usia yang hampir sama,” arah Seroja kepada Naluri “Pelbagai faktor telah diambil kira. Aturan genetuk mereka sentiasa berubah daripada masa ke semasa.” “Berubah?” Seroja mengerut muka. “Apa maksudmu? Bukankah aturan genetik manusia kekal selamanya. Itulah identiti manusia.” “Saya tidak pasti mengapa. Namun sample salinan genetik yang telah dianalisa menunjukkan terdapat bendasing yang tiada dalam database perubatan umum.” “Tunjukkan aku gambar bendasing itu.” Sebuah paparan pada skrin hologram menjelma. Sebuah microorganisma nano robotik kelihatan. Wajah Seroja pucat. Dia mendapa...