Dengan Nama  Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.   Sudah hampir sebulan saya dah isteri saya berkecimpung dalam industri penanaman pandan dan pokok limau kasturi.   Erk. Gurau sahaja.   Sebenarnya saya dan isteri telah membeli sebatang pokok limau kasturi dan menanam pokok pandan di hadapan rumah kami. Setelah sebulan, kami telah mendapat hasilnya, pokok limau kasturi telah membuahkan hasil yang baik dan pandan bertumbuh dengan baik.   Mengapa kami menanam pokok-pokok ini. Sebabnya:   Jimat Masa  Kami tidak perlu ke kedai semata-mata hendak minum air limau ais atau teh limau ais (Sedapnya~). Atau air sirap pandan.   Jimat Wang  Selalunya jika saya ke kedai untuk mendapatkan limau kasturi saya akan membeli dalam beberapa biji (5 atau 6 biji). Tetapi jumlah sebenar yang akan digunakan pada satu-satu masa adalah 2-3 biji dan selebinnya akan disimpan. Entah bila pula, ia akan digunakan.   Menambah Rasa Syukur  Setiap kali saya melihat pokok-pokok itu, sering tercetus rasa syu...