Skip to main content

Denai Itu

Di antara dua denai di rimba hidup,
Kita memilih untuk menyusuri denai itu.

Kerana menyangka denai yang lurus itu
Hujungnya indah juga persona.
Tapi tunggu. itu sangka insan yang dunggu.

Sesungguhnya denai berliku, hujungnya mewah.
Denai lurus, hujungnya ceruh berlurah.

Bukankah syurga dipagar payah,
Neraka pula bentengnya dodoian indah.

Comments