Skip to main content

Tandus

Petang senja yang sunyi dan tenang.

Beberapa orang anak-anak kecil  riang bermain teng-teng di sebuah tanah lapang. Salah seorang daripada sedang memulakan gilirannya dengan mencampakkan seketul batu pada petak pertama. Aku duduk di seketul batu serpihan bangunan sambil memerhatikan mereka. Hati ini  terhibur melihat gelak ketawa riang anak-anak kecil itu.

Tiba-tiba langit bumi berubah redup. Ada sesuatu di langit menghalang sinaran Sang Suria. Bunyi angin deras terus memukul-mukul cuping telingaku. Aku mendongak ke atas.

"Ya, Allah," perkataan yang mampuku ungkap ketika itu.

Sebuah helikopter hitam sedang berlegar di atas kepalaku. Ia mula turun ke bawah. Turunnya tidak kosong, turunnya  helikopter itu berserta beratus-ratus peluru.

Batu-batu kecil berterbangan dan berkecai dibedil peluru gila daripada helikopter hitam itu. Dinding-dinding tembok mudah diratah peluru-peluru gila itu.

Teriakku, "Lari, pasukan tentara musuh!!!"

Aku berlari pantas. Anak-anak kecil tadi aku sambar dan aku kendong pergi. Mereka, aku bawa ke sebuah bangunan ranap. Salah seorang anak kecil itu menangis dalam dakapanku.

"Adik, jangan menangis," pujukku.

Pujukkanku itu bukan kerana kasih sebenarnya, tetapi aku gusar tentera berkaki yang bakal mereka kirim akan mengesan mereka.

Sangkaanku tepat. Tidak lama selepas serangan gila itu, derapan kaki tentera mula kedengaran.

Anak kecil yang menangis tadi tiba-tiba senyap. Mungkin kerana bunyi derapan kaki tadi.

"Ya, Allah. Selamatkan kami. Selamatkan kami," aku berterusan berdoa.

Derapan kaki askar tadi semakin hampir. Jantungku berdengup pantas. Dengupan jantung anak-anak tadi turut dapatku rasa.

Askar itu mula menjengguk tempat persembunyianku.....

(Aku terjaga daripada tidur...)

Comments

Popular posts from this blog

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Herbalis: Misi Purnama Biru Sudah Terbit

Baru sebentar tadi aku pergi ke gudang PTS untuk mengambil 10 naskah yang beri secara percuma oleh PTS kepada penulisnya. Alhamdullilah, akhirnya terbit juga novel ini. From HERBALIS From HERBALIS From HERBALIS

Teori Efek Rama-rama (Butterfly Effect Theory)

Menurut teori ini, sesuatu perubahan kecil pada satu pembolehubah boleh memyebabkan perubahan yang ketara pada sesuatu sistem yang kompleks. Teori ini mengatakan pergerakkan kepak rama-rama mampu mengubah atmosfera bumi sehinggakan ia mampu mengubah pergerakan atau kewujudan putting beliung di satu kawasan. Perubahan kecil pada kehidupan akan membawa kesan yang besar pada masa depan, itu yang aku faham jika teori ini dikaitkan dengan kehidupan manusia yang merupakan salah satu sistem yang kompleks di dalam dunia. Tiada siapa mampu untuk meramal dengan tepat pergerakan atau perilaku manusia satu detik ke hadapan. Anda yakin dengan teori ini? Mari kita lihat pada kehidupan kita pada hari ini. Kronologi Senario Terburuk Ekstrem (Kes Curi Selipar) Encik A telah mencuri sepasang sepasang kasut selepas selesai solat Jumaat Pemilik kasut menunggu sehingga semua jemaah pulang dengan harapan dia menjumpai kasutnya semula. Tetapi setelah lama menanti, dia tidak jua menjumpai kasutnya. Pemilik ka