Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2008

Sudah Terlalu Lama...

From BLACK_WHITE Sudah terlalu lama tangan ini tidak menangkap gambar. Sebab apa ya?

Kanibal di Sekeliling Kita

Aku semakin hampir ke destinasi pagi itu. Destinasi itu adalah sebuah kedai nasi lemak milik seorang mak cik dari Indonesia. Belum sempat aku mematikan radio yang bersiaran siaran IKIM pada frekuansi 91.5 fm, sepotong ayat al-quran kedengaran, Firman Allah SWT yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (al-Hujurat: 12) Aku membiarkan ayat itu habis dibacakan sebelum aku menutup radio keretaku. Kakiku seger

Adakah Kita Melihat Sesuatu yang Sama?

Lihat Gambar di bawah From other Apa yang anda lihat? Adakah jawapan anda sama dengan orang lain?

Kilang Mimpi?

Degupan jantungku semakin reda setelah langkah larianku berubah menjadi langkah yang perlahan. “Penat betul, sudah lama tidak berjoging,” gomelku sendirian. Untuk pulang ke rumah, aku perlu melalui sebuah taman permainan yang berhampiran. Aku mula berjalan melalui kawasan taman permainan. Seorang anak kecil ketawa sakan apabila ibunya menghayunkan buaiannya naik lebih tinggi. Penatku semakin berkurang tatkala mendengar gelak ketawa anak kecil itu. Tiba-tiba aku nyaris tersungkur. Mujur aku sempat mengatur langkah. Jika tidak tersembam mukaku ini pada lantai bata bercorak coklat dan kelabu. Kasut memakan tuan. Tali kasutku nyaris menyerat tuannya sendiri. Jadi aku duduk di sebuah bangku kayu untuk mengikat semula tali kasutku. Dua orang kanak-kanak duduk di sebelahku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli pada kanak-kanak, tetapi suara salah seorang kanak-kanak itu membuatkan anak mataku mencuri melihat kanak-kanak itu. “Eh, budak di masjid hari itu,” bisikku. Kanak-kanak itu adalah kanak

Kanak-kanak berjubah putih

“Assalammualaikum warahwatullah, Assalammualaikum warahwatullah”, ku lafazkan. Ada satu haruman menarik deria bauku untuk menoleh ke belakang. Seorang kanak-kanak berjubah putih berada di saff belakangku. Bisikku, “Wangi betul bau minyak wangi budak ini.” Para jemaah mula menadahkan tangan pada akhir solat. Aku segera menoleh ke hadapan menyertai bacaan doa. Selepas tamat bacaan doa, aku duduk di tangga masjid sambil menyarungkan kasut. Bau harum itu hadir semula. Bahuku disentuh tangan yang kecil. Gerakan refleksku segera mengarahkan kepala supaya menoleh ke arah tangan itu. Kanak-kanak berjubah putih itu muncul di bahu kananku. “Abang, tumpang duduk di sebelah, boleh?” “Duduklah,” kataku sambil memberi ruang antara aku dan tiang tangga. “Abang, kenapa budak perempuan perlu bertudung?” satu pertanyaan muncul daripada bibir kanak-kanak itu. “Sebab Allah suruh,” jawabku ringkas. Aku sebenarnya malas untuk menjelaskan panjang lebar. Soal kanak-kan