Skip to main content

Self-criticism - Muhasabah Diri

From ADVICE

Life is a journey that will end one day. Are we prepared for it? Muhasabah...

Quran verse related to Self-criticism:

On that day mankind will come in scattered groups (from their burial ground) to be shown their deeds (to be recompensed).[6]

Whosoever does an atom's weight of good shall see it (written in his record).[7]

And whosoever does an atom's weight of evil shall see it (written in his record).[8]

[Az-Zalzalah (The Earthquake): 6-8]

Pada hari itu manusia akan keluar dalam berselerak (dari kubur masing-masing)- untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. [6]

Maka sesiapa berbuat kebajikkan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya). [7]

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya). [8]

[Az-Zalzalah (Gegaran): 6-8]

Comments

  1. assalamualaikum... tahniah di atas foto2 yg anda telah berjaya rakamkan... teknik-teknik fotografi anda sungguh mengagumkan... saya tidak pasti sama ada anda jurugambar pro atau amatur... seseungguhnya anda memiliki potensi yg sangat cerah dalam bidang fotografi... sy paling tertarik pada foto yg anda rakamkan bertajuk "FOCUS"... ONE OF THE MOST CREATIVE PICTURES I'VE EVER SEEN... GOOD LUCK... HOPE YOU WILL HAVE A BRIGHTER FUTURE IN PHOTOGRAPHY AND BECOME A PROFESSIONAL ONE... KEEP UP A GOOD WORK!!!

    ReplyDelete
  2. waalaikummusalam, terima kasih ildaf_neeon atas galakkan anda. saya masih amatur dalam photography ni. kalau ada yang boleh diperbaiki silalah beritahu, saya amat menghargainya. terima kasih kerana melawat photojurnal saya :).

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 16

  Tubuh tidak bermaya Hatadi diletakkan di atas meja.  “Apa sudah kamu lakukan ini, Seroja,” tanya Malik. Dia benar-benar terkejut melihat Hatadi yang tidak sedarkan diri. “Dia ini seorang yang degil. Aku cuba berunding secara berhemah. Tetapi ini jalan yang terbaik.” Malik melihat dahi Hatadi yang penuhi luka-luka kecik, dia bertanya kepada Seroja,“Adakah dia dalam keadaan baik?” “NALURI. Imbas keadaan pemuda ini,” arah Seroja. Satu spera logam muncul. Pacaran cahaya biru mengimbas tubuh Hatadi yang berbaring di atas meja. Hologram anatomi tubuh manusia dipancarkan. Satu bintik merah berkelip-kelip pada kepala hologram.  “Semua organ dalaman dalam keadaan baik. Cuma kecedaraan kecil di kepala,” NALURI menyampaikan status keadaan Hatadi. Seorang pegawai perubatan datang dengan sebuah peti kecemasan. Gel berwarna hijau disapu pada luka dan pembalut dilekatkan pada dahi Hatadi yang tercedera akibat tersungkur tadi. Ѿ Tidak beberapa lama kemudian, Hatadi tersedar. Sebaik sah...

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 18

  Seroja bergegas masuk ke dalam pod. Malik yang terlihat gelang di tangan Seroja berasa kurang senang. “Gelang itu?” “Ya, abang.” “Tapi bukankan kita sudah bincangkan. Seroja tidak perlukan gelang ini.” “Anggaplah ia hanya sebagai satu jaminan kalau berlaku apa-apa.” “Suka hati awaklah,” Malik sudah faham dengan perihal isterinya yang jika dia membuat keputusan amat sukar untuk diyakinkan untuk mengubahnya. Hatadi yang berada dalam kereta itu berasa kekok terperangkap dalam situasi itu.  "Adakah kata-kata aku tidak lagi bererti buatmu?" Seroja memaling pandangannya keluar. Air matanya gugur. "Kanda, jangan biarkan kata katamu menjadikannaku permaisurimu yang derhaka" Malik terkedu. tidak menyangka katanya menghiris hati wanita yang dicintainya. Sambung Seroja, "Kanda tidak faham kelocaknya hati ini saat penyakit itu menyerang.” "Aku memohon maaf kerana kelancangan lidahku ini." Ѿ Pod berhenti di Hospital Utama Melati Putih. Dalam perjalanan menuju ke...

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 20

  Seroja menerima panggilan daripada Pusat Rawatan Melati Putih. “Puan Seroja, kami mendapati sesuatu yang aneh pada susun atur genetik mangsa pemintal mimpi,” ucap seorang  perawat di hujung talian. “Hantarkan salinan genetik kepadaku.” Sebaik sahaja salinan genetik mangsa sampai kepadanya,  dia segera mengarahkan NALURI untuk membuat analisa. “Bandingkan atur genetik ini dengan gadis yang dalam usia yang hampir sama,” arah Seroja kepada Naluri “Pelbagai faktor telah diambil kira. Aturan genetuk mereka sentiasa berubah daripada masa ke semasa.” “Berubah?” Seroja mengerut muka. “Apa maksudmu? Bukankah aturan genetik manusia kekal selamanya. Itulah identiti manusia.” “Saya tidak pasti mengapa. Namun sample salinan genetik yang telah dianalisa menunjukkan terdapat bendasing yang tiada dalam database perubatan umum.” “Tunjukkan aku gambar bendasing itu.” Sebuah paparan pada skrin hologram menjelma. Sebuah microorganisma nano robotik kelihatan. Wajah Seroja pucat. Dia mendapa...