Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2021

Bahasa membentuk Cara Berfikir

  Bahasa membentuk cara berfikir seorang manusia.

Powershell and Date

 Berdasarkan benda link ini: https://stackoverflow.com/questions/59001682/powershell-get-the-first-and-last-day-of-the-previous-month Aku cuba dapatkan hari pertama bulan lepas dan bulan ini: ###previous month $YEARMONTH = Get-Date -Format "yyyyMM" $prev_month =  (Get-Date).AddMonths(-1) Write-Host "This month $($YEARMONTH)" Write-Host "Last month $($prev_month)" $CURRENTDATE=GET-DATE -Hour 0 -Minute 0 -Second 0 $MonthAgo = $CURRENTDATE.AddMonths(-1) $FIRSTDAYOFMONTH=GET-DATE $MonthAgo -Day 1 $PREV_FIRSTDAYOFMONTH=GET-DATE $MonthAgo -Day 1 $CURRENT_FIRSTDAYOFMONTH=GET-DATE $CURRENTDATE -Day 1 $LASTDAYOFMONTH=GET-DATE $FIRSTDAYOFMONTH.AddMonths(1).AddSeconds(-1) $FIRSTDAYOFMONTH.ToString("MM/dd/yyyy HH:mm:ss") $LASTDAYOFMONTH.ToString("MM/dd/yyyy HH:mm:ss") Write-Host "PREV_FIRSTDAYOFMONTH $($PREV_FIRSTDAYOFMONTH)" Write-Host "CURRENT_FIRSTDAYOFMONTH $($CURRENT_FIRSTDAYOFMONTH)"     This month 202109 Last month 08/23/

Pergi Mampus

 Kadang kala mentara ini perlu dilafazkan tatkala kau berdepan dengan musuhmu. Sama ada dia sedang berbisik meminta kau melupakan impianmu.  Atau pada manusia yang sering memperlekehkanmu. Ingat mantera ini nescaya dia pergi. PERGI MAMPUS!!!!

JSON oh JSON: Formating JSON response

Kadang kala kau akan bertemu dengan json response yang menyakitkan hati.  Ia datang dalam bentuk yang yang sukar difahami.  Mujur laman ini dapat membantu: https://jsonformatter.curiousconcept.com/# Ia menukar format json yang menakutkan kepada format yang tersusun.  Sebelum   Selepas Terima kasih.

Pemintal Mimpi: Bahagian 3

  Pemintal Mimpi: Bahagian 3  “Ayahanda, ini budak yang mencuri daripada kita tadi,” kata salah seorang pegawai tadi yang membawa Urik tadi. Urik tidak dibawa ke balai Temenggung sebaliknya dibawa ke sebuah bangunan mewah di pinggir bandar. “Budak. Budak. Kau sepatutnya tidak mencuri daripada orang seperti aku. Kau ingat kau boleh lari? Bagaimana kamu hendak tebus kesalahan ini?” tanya lelaki berkumis yang sedang mencampakkan beberapa ekor cengkerik ke dalam sebuah akuarium yang berisi dua ekor ikan kelisa. Jari-jarinya memegang sebuah paip rokok yang berasap. Urik hanya membisu. Dia tahu dia tiada apa-apa untuk diberikan. Asap paip dihembus oleh lelaki yang bergelar Ayahanda ke atas. Dia menikmati setiap sedutan paipnya. Dia memandang Urik, masih menanti jawapan daripada mangsanya. Cahaya lampu di bilik itu mendedahkan sesuatu pada batang leher Urik. Seutas rantai perak membalikkan cahaya pada mata ayahanda..  “Kau, ambil kalung itu,” arah ketua penjenayah itu. “Jangan tuan, ini penin

Saudagar Masa

  Tajuk: Saudagar Masa     Tuan-tuan, puan-puan Aku saudagar punya barang lumayan Bukan emas, bukan perak, bukan kemenyan Lebih mahal dari gunung, lebih berharga dari lautan   Ke mari, ke mari yang muda dan yang tua Dagangan  aku adalah masa Ada semalam, ada hari ini, ada esok , ada lusa   Semalam  bisa dibayar dengan pengajaran ataupun kesal Hari ini bisa dilamar dengan syukur ataupun  rasa sial Esok bisa dihutang dengan rencana atau sesal Lusa bisa dirunding dengan harapan atau bebal   Aku tidak meletakkan  matawangnya Kalian yang fasih diri penentunya Bukankah itu lebih adil dan saksama Kerana membayarnya kalian jua