Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Ayam Halia

Sudah jauh ketinggalan. Maaf kerana tidak dapat memberikan komitmen kepada projek ini. Ada beberapa perkara luar jangka berlaku. Tetapi semampu saya, projek ini akan diteruskan. Resipi dua hari yang lalu: Ayam Halia. Untuk resipi ini saya gunakan bahagian ayam yang berisi kerana bahagian ayam yang bertulang seperti kepak, leher dan kaki sesuatu untuk dibuat sup. Insyaallah akan menyusul sup ayam nanti. Puan Lili cadangkan untuk dimasukkan resipi ke dalam setiap entry berkaitan dengan Cabaran 1 Hari 1 Resipi kerana menurut beliau, saya tidak mengikut sepenuhnya resipi yang dicatatkan dalam buku itu. Erm.... Pendapat kalian?

Kari Kepala Ikan

Bersembahkan KARI KEPALA IKAN untuk Hari ke 4. Kari Kepala Ikan Merah Ini percubaan pertama memasak kari dengan serbuk kari tanpa menggunakan pes kari semua dalam satu. Rasanya tidak sesedap yang disangka mungkin kerana saya terlupa memasukkan air asam.  Tidak mengapa boleh cuba lain kali. Mungkin tahun depan boleh cuba kerana mengejar 361 resipi lagi.  Ya Allah berikan aku kekuatan untuk meneruskan. Tulus daripada hati saya merasakan cabaran ini semakin mencabar. Mungkin lepas ini saya akan mendekati pengeluar makan seperti BABAS atau ADABI untuk memberi sponsor (macamlah selebriti terhebat. Hohohohoho). Atau sekurang-kurangnya dapat sample produk untuk meneruskan cabaran/uji kaji masakan saya ini.

Sambil Tumis Ikan Bilis

Hari keempat. Resipi yang sangat mudah tetapi lazat. Tetapi masih tidak dapat lawan Sambal Tumis Ikan Bilis yang ibu saya masak. Sambal Tumis Ikan Bilis Sewaktu menulis entri ini, kenangan lampau mengimbau kembali. Kenangan bersama ibu saya. Sungguh indah.

Kepah Goreng

Hari ketiga: Resipi Kepah Gorenag. Anda pun membelek buku yang dimaksudkan beberapa kali tetapi masih tidak bertemu dengan resepi yang dimaksudkan. Jumpa? Jika tidak jumpa pendek umur. Baiklah-baiklah resepi itu sememangnya tidak wujud. Resipi asal adalah Lala Goreng tetapi disebabkan saya hanya bertemu dengan Sang Kepah. Maka Sang Kepah itu menjad mangsa yang sungguh lazat. Inilah hasilnya. Kepah Goreng Resipi Kepah Goreng ini adalah sangat mudah kerana anda hanya perlu menumis dan kemudian memasukkan semua bahan sekali gus. Rahsia keenakan masakan ini adalah pada bahan utama masakan ini iaitu Kepah (jika anda menggunakan lala bahan utamanya adalah Lala). Kemanisan yang terhasil daripada kepah menyedapkan masakan ini. Satu tips untuk memilih makan laut bercengkerang seperti kerang, kepah, lala dan sebagainya adalah dengan memerhatikan kepah tersebut semasa berada di dalam bekas. Jika kerang itu menutup mulutnya (mulut? sesuaikah terma ini?) semasa anda menyentuhn

Ikan 3 Rasa

Hari ini hari kedua cabaran 1 Hari 1 Resipi. Resipinya adalah Ikan 3 Rasa. Ikan Siakap menjadi pilihan. Saya telah beberapa kali memasak resipi ini  tetapi ada  perkara yang luar biasa telah saya lakukan. Luar biasa yang saya maksudkan di sini adalah luar daripada norma biasa saya. Perkara luar biasa itu adalah: Saya membeli dan mengupas sendiri sebiji nenas. Hebatkan? Hohohoho terasa hebat sebentar. (Kebetulan semasa saya menulis blog ini, rancangan Agrotek sedang bersiaran. Tajuknya juga mengenai nenas. Dua kali hebat!!!!) Sebelum ini saya hanya membeli nenas di dalam tin. Ala nenas dalam air gula itu (Nampak sangat pemalas. Hohohohoho). Kebanyakkan bahan-bahan yang dicatatkan dalam buku Chef Liza telah dituruti cuma ada beberapa bahan yang ditambah serta dikurangkan. (Maaf Chef Liza) Bahan-bahan yang tambah adalah lobak, cili bulat hijau serta nenas (Nenas yang luar biasa itu!) Bahan yang dikurangkan adalah sos tiram sebab tidak sedar sos tiram ini sudah keh

Projek 1 Hari 1 Resipi

Terinspirasi daripada kisah Julia dan Julie. Dari situ munculnya inspirasi ini dan sudah pasti ada buku yang menjadi rujukan: Perkenalkan buku 1 Hari 1 Resipi 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza oleh Chef Hanieliza. Saya secara peribadi tidak mengenali Chef Hanieliza tetapi bukunya ini telah hampir setahun bersama saya. Namun hanya beberapa resepi  yang telah saya dan isteri tersayang mencubanya. Jadi azam tahun ini: Tepat pada detik 11.59 31 Disember 2013 saya akan mencuba menghasilkan semua 365 resipi dalam buku ini.  Doakan saya berjaya!!! Baiklah hari ini projek ini telah saya mulakan. Resipi Ayam Panggang Nasi Ayam telah berjalan dengan baik setakat ini. Baiklah saya perlu ke dapur untuk menyelesaikan resepi ini. Gambar dan rating daripada isteri tersayang akan menyusul esok hari. Insyaallah. Hasbullah versus 1 Hari 1 Resipi. Oh Yeah!!! nota: Anda boleh mendapatkan buku 1 Hari 1 Resipi 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza hanya di kedai buku POPULAR

Business Model Canvas

Aku sudah jatuh cinta dengan tools ini: Business Model Canvas. Aku mula mengunakan model ini untuk sebuah pertandingan startup. Sangat berkesan untuk mendalami keadaan perniagaan dan untuk memulakan perniagaan. Ada 9 kotak maklumat yang perlu diisi untuk membantu anda memahami sesuatu perniagaan. Berikut adalah kotak-kotaknya: Key Partners (Kerjasama Utama) Key Activities (Aktiviti Utama) Value Propositions (Nilai Usul yang diberikan) Customer Relationships (Hubungan dengan Pelanggan) Customer Segments (Segmen Pelanggan) Key Resources (Sumber Utama) Channels (Saluran) Cost Structure (Struktur Kos) Revenue Streams (Saluran Pendapatan) Insyaallah jika diberi kelapangan saya akan menerangkan setiap fungsi kotak-kotak tersebut. Note: Anda boleh mendapatkan templet canvas tersebut di sini: https://drive.google.com/previewtemplate?id=102mOZQmMxs0CslmNsPZ5KCNQwAIh9rh4baYgT0VWNAA#