Skip to main content

Negeri 10 Terakhir

Semalam, perjalananku membawa aku ke sebuah negeri yang asing kepadaku. Di pintu gerbang masuk negeri kelihatan seorang pemuda yang segak lagi kacak mesra menyambut pengembara-pengembara yang datang ke negeri itu.

Aku menghampiri pemuda yang memiliki senyuman masih itu, lalu aku bertanya, "Saudara, apakah nama negeri ini?"

"Wahai pengembara yang mulia, negeri ini namanya Negeri Sepuluh Terakhir. Tentu ini kali pertama saudara ke negeri ini?" tanya pemuda itu ringkas.

Aku mengangguk mengiakan telahan pemuda itu.

"Terima kasih, saudara," ucapku sambil mengalas kembali begku.

Beberapa langkah aku meninggalkan pemuda itu, aku terdengar namaku dipanggil.

"Saudara Hasbullah," panggil suara itu.

Segera aku menoleh ke arah suara itu. Rupa-rupanya suara itu datangnya daripada pemuda tadi. Tapi aku berasa aneh kerana aku tidak pernah memperkenalkan namaku kepadanya.

"Ya, mengapa saudara?" tanyaku kepadanya.

"Saudara tidak ingin mengambil kesempatan memburu di negeri ini?" tanya pemuda itu.

"Memburu?" 

"Saudara lihat pakcik-pakcik di sana. Mereka itu semuanya ke mari untuk memburu Lailatul Qadar. Saudara tidak ingin menyertai mereka?" ujar pemuda itu sambil menunjukkan sekumpulan lelaki tua berjanggut putih.

"Memburu Lailatul Qadar? Yang padanya terdapat khasiat seribu bulan itu?"

"Ya."

"Tapi aku tidak punya pengalaman untuk memburunya. Ku dengar hanya yang layak sahaja dapat bertemu dan memdapatkannya," ujarku.

"Sekurang-kurangnya kamu berusaha memburunya. Semoga Allah memberi peluang kepada muda seperti kamu menemuinya."

"Terima kasih atas doa itu."

"Nah, ku berikan kamu busur keikhlasan dan anak-anak panah kekhusuyukkan yang terbaik dapat ku berikan kepadamu."

Aku melangkah masuk ke Negeri Sepuluh Terakhir dengan semangat baru. Aku berharap kunjungan ku ke negeri ini tidak dipersiakan. Aku berharap aku dapat membawa bekalannya yang secukupnya sebelum tamatnya pengembaraan Ramadhanku.


Comments

Popular posts from this blog

Kilang Mimpi?

Degupan jantungku semakin reda setelah langkah larianku berubah menjadi langkah yang perlahan. “Penat betul, sudah lama tidak berjoging,” gomelku sendirian. Untuk pulang ke rumah, aku perlu melalui sebuah taman permainan yang berhampiran. Aku mula berjalan melalui kawasan taman permainan. Seorang anak kecil ketawa sakan apabila ibunya menghayunkan buaiannya naik lebih tinggi. Penatku semakin berkurang tatkala mendengar gelak ketawa anak kecil itu. Tiba-tiba aku nyaris tersungkur. Mujur aku sempat mengatur langkah. Jika tidak tersembam mukaku ini pada lantai bata bercorak coklat dan kelabu. Kasut memakan tuan. Tali kasutku nyaris menyerat tuannya sendiri. Jadi aku duduk di sebuah bangku kayu untuk mengikat semula tali kasutku. Dua orang kanak-kanak duduk di sebelahku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli pada kanak-kanak, tetapi suara salah seorang kanak-kanak itu membuatkan anak mataku mencuri melihat kanak-kanak itu. “Eh, budak di masjid hari itu,” bisikku. Kanak-kanak itu adalah kanak...

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Novel Sulungku - Herbalis: Misi Purnama Biru

From HERBALIS Memperkenalkan novel sulungku. Pendapat tentang cover ini?