Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Langit Bingit

Bila langit mula bingit dada mula berasa sempit Mengapa terasa terhimpit? ada dosa yang masih mengetit? Tika itu manusia seperti kelkatu Pernah kalian lihat kelkatu itu? Dalam ribut ia bergelut Dalam bergelut ia kalut Sayapnya rapuh gugur dituip sehalus-halus angin Dalam malam yang serba dingin Insan  Hari penentu itu janji, Tidak akan Allah mungkiri

Kata Ibu

“Kata ibu, Angin itu tidak bisu, Ia berbicara tidak jemu, Ia sering merindu, Pada insan tahu, Tuhan itu hanyalah satu. Pesan ibu, Tanah itu bisa rasa Dosa-dosa manusia, Yang sering lupa dan alpa. Doa Ibu, Kita hidup dalam syukur, Tidak bangga juga kufur, Bicara kita setia jujur.” petikan teks daripada novel Herbalis II

Memory Terawal

Walaupun kelopak mataku sudah dibuka seluas-luasnya, aku masih merasakan suasana samar di bilik itu. Mungkin kerana hari terlalu pagi ketika aku terjaga. Aku memandang kelibat tua di sisiku. Nenekku yang ku panggil Tuk berada di sisi ku bersama adik yang setahun lebih muda daripada ku. Dia sedang enak tidur di peha nendanya. Aku melarikan pandanganku ke arah satu suara di atas katil. Itu suara tangisan seorang bayi.  Ketika itu aku sedar, aku ditakdirkan tuhan untuk menjadi abang kepada dua adik. Ketika itu aku berusia 3 tahun. Itu memori terawal yang masih terpahat di fikiranku. Anda? Apakah memori terawal anda.

Budak Bawang

From Budak Bawang Pembikinan Budak Bawang

Terlalu

Oh................. Kepala ini sarat dengan idea untuk novel-novel yang bakal ditulis. Satu sinopsis dalam proses penilaian. Satu lagi dalam proses pembikinan. Hampir sepuluh menanti giliran. Yosh. note: bercita-cita untuk menghasilkan 20 novel dalam masa sepuluh tahun (cewah......)

Negeri 10 Terakhir

Semalam, perjalananku membawa aku ke sebuah negeri yang asing kepadaku. Di pintu gerbang masuk negeri kelihatan seorang pemuda yang segak lagi kacak mesra menyambut pengembara-pengembara yang datang ke negeri itu. Aku menghampiri pemuda yang memiliki senyuman masih itu, lalu aku bertanya, "Saudara, apakah nama negeri ini?" "Wahai pengembara yang mulia, negeri ini namanya Negeri Sepuluh Terakhir. Tentu ini kali pertama saudara ke negeri ini?" tanya pemuda itu ringkas. Aku mengangguk mengiakan telahan pemuda itu. "Terima kasih, saudara," ucapku sambil mengalas kembali begku. Beberapa langkah aku meninggalkan pemuda itu, aku terdengar namaku dipanggil. "Saudara Hasbullah," panggil suara itu. Segera aku menoleh ke arah suara itu. Rupa-rupanya suara itu datangnya daripada pemuda tadi. Tapi aku berasa aneh kerana aku tidak pernah memperkenalkan namaku kepadanya. "Ya, mengapa saudara?" tanyaku kepadanya. "Saudara tidak ingin mengambil kes

Manuskrip Novel Kedua

Segala puji untuk Allah. Alhamdulillah, ahad yang lalu aku  akhirnya berjaya menyiapkan manuskrip kedua untuk siri Herbalis dan menghantarnya kepada tuan editor, Tuan Syafiq. Pelbagai cabaran yang aku hadapi sepanjang menulis manuskrip ini. Cabaran membahagikan masa untuk menulis dalam keadaan menjadi seorang bapa yang baru. Aku masih merangkak untuk membiasakan diri dalam situasi yang baru ini. Beberapa bulan yang lalu  rumahku telah dipecah masuk. Komputer ribaku dan kameraku telah lesap. Kerana itu aku terpaksa merempuh tarikh akhir penghantaran yang sepatutnya berakhir pada bulan Julai yang lalu. Maafkan saya, tuan editor. Insyallah, selepas berehat selama sebelum, aku akan menulis pula untuk novel ketiga.

Karya

Karya itu susunan kata kata itu adalah bata yang harus diatur dan harus diukur agar tidak gugur jatuh tersungkur Taman cemerlang (2010)

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

PBAKL - Pengalaman Berharga

Pada 21-March-2010 yang lalu, aku berkunjung ke PBAKL atas jemputan penerbit buku aku, PTS Fortuna. Gembira sangat tatkala melihat ada beberapa remaja lelaki menyambar bukuku. sumber gambar:  http://www.facebook.com/bukupts?ref=mf

Herbalis: Misi Purnama Biru Sudah Terbit

Baru sebentar tadi aku pergi ke gudang PTS untuk mengambil 10 naskah yang beri secara percuma oleh PTS kepada penulisnya. Alhamdullilah, akhirnya terbit juga novel ini. From HERBALIS From HERBALIS From HERBALIS

Perkahwinan Shy & Aji

Lama sangat simpan gambar-gambar ini. Dua malam lepas baru siap edit. Lega~~~ From Perkahwinan Shy & Aji From Perkahwinan Shy & Aji From Perkahwinan Shy & Aji From Perkahwinan Shy & Aji

Shy & Aji. Akan Datang

From Perkahwinan Shy & Aji

Tandus

Petang senja yang sunyi dan tenang. Beberapa orang anak-anak kecil  riang bermain teng-teng di sebuah tanah lapang. Salah seorang daripada sedang memulakan gilirannya dengan mencampakkan seketul batu pada petak pertama. Aku duduk di seketul batu serpihan bangunan sambil memerhatikan mereka. Hati ini  terhibur melihat gelak ketawa riang anak-anak kecil itu. Tiba-tiba langit bumi berubah redup. Ada sesuatu di langit menghalang sinaran Sang Suria. Bunyi angin deras terus memukul-mukul cuping telingaku. Aku mendongak ke atas. "Ya, Allah," perkataan yang mampuku ungkap ketika itu. Sebuah helikopter hitam sedang berlegar di atas kepalaku. Ia mula turun ke bawah. Turunnya tidak kosong, turunnya  helikopter itu berserta beratus-ratus peluru. Batu-batu kecil berterbangan dan berkecai dibedil peluru gila daripada helikopter hitam itu. Dinding-dinding tembok mudah diratah peluru-peluru gila itu. Teriakku, "Lari, pasukan tentara musuh!!!" Aku berlari pantas. Anak-anak kecil tad

Perkahwinan Hafiz dan Efa

From Hafiz & Efa Wedding From Hafiz & Efa Wedding From Hafiz & Efa Wedding From Hafiz & Efa Wedding From Hafiz & Efa Wedding From Hafiz & Efa Wedding