Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2009

Songket Bertenun Sakti: Episod 2

“Patik, tuanku. Patik mohon ampun tuanku. Patik mohon ampun,” kata Nadi dalam nada tersekat-sekat bersulam ketakutan. Dek kerana kasihankan Nadi yang mengigil ketakutan itu, Putera Fairuz berkata, “Tidak mengapa. Beta memaafkan kamu.” “Terima kasih, tuanku,” ucap Nadi bersungguh-sungguh. Satu gemerlapan cahaya dari beg Nadi menarik perhatian Putere Fairuz. Putera Faizul bertanya, “Apakah yang berada di dalam beg kamu itu?” “Kain songket, tuanku. Kain songket untuk dipersembahkan kepada tuanku,” jelas Nadi. Suaranya masih tergetar-getar ketakutan. “Kain songket? Persembahkan kepada beta,” suruh Putera Fairuz. Segera Nadi mengeluarkan kain songket tenunan neneknya dari begnya. Dengan penuh hormat, dia menghamparkan  songket pada lengan kirinya. Dengan langkah teratur Nadi menghampiri Putera Fairuz. “Songket ini adalah Songket Terengganu. Warna ungu bersulam benang perak ini sangat sesuai dengan tuanku,” kata Nadi. Kain songket disentuh Putera Fairuz. Perlahan-lahan jari-jemarinya bergera

Songket Bertenun Sakti: Episod 1

“Ambil songket ini dan bawakannya ke istana. Hari ini putera raja akan memilih songket untuk majlis ulang tahun keputeraannya,” kata Nenek Seroja kepada Nadi. Nadi memasukkan songket kuning bersulam benang emas ke dalam begnya, “Baiklah nenek. Tapi mengapa nenek tidak bersama Nadi untuk ke istana kali ini?” “Nenek perlu ke kenduri di kampung sebelah untuk  majlis perkahwinan kawan nenek.” Nadi mengangguk faham. Dada langit masih gelap. Hanya samar-samar cahaya matahari menembusi ruang di langit.  Nadi menguak pintu hadapan dan menghidup udara pagi yang segar lagi nyaman. “Nenek, Nadi bergerak sekarang,” kata Nadi sambil menggalas begnya. Nenek Seroja berpesan, “Baiklah, sampai di istana nanti jangan lupa pesan nenek tentang cara untuk mempersembahkan songket.” “Insyaallah, Nadi akan ingat. Susunan dan motifkan nenek.” “Betul-betul,” kata Nenek Suria yang sedang tekun menenun songket di bangsal kecil di hadapan rumahnya. Melangkahlah Nadi meninggalkan perkarangan rumahnya dengan hati ya

Undangan Perkahwinan

Jemput hadir ke majlis perkahwinan saya From other From other Pereka Kad: Syafiq