Pada suatu hari, tinggal seorang doktor yang sangat baik hati. Setiap hari dia membantu penduduk kampung tanpa mengenakan sebarang upah. Namun kerana kebaikan hatinya, dia hidup senang dan bahagia kerana penduduk kampung selalu memberi hadiah kepadanya sebagai tanda terima kasih. Suatu petang, doktor itu didatangi oleh seorang ibu yang menangis teresak-esak. Di pangkuannya seorang anak kecil yang tenat. Nafas anak kecil itu singkat dan perlahan. Segera dia memeriksa nadi anak itu. "Ada sesiapa yang membela Ular Asap di kalangan keluargamu?" tanya doktor itu. Ibu itu teragak-agak mengelengkan kepala. "Ibu muda, usah berdusta. Jika kamu tidak mengatakan kebenaran aku tidak dapat menyelamatkan anakmu." Desakan doktor itu, akhirnya mencairkan dusta ibu muda itu. "Suamiku ada membelanya. Namun dia tidak pernah membenarkan anakku menyentuhnya." "Racun Ular Asap ini mampu membunuh tanpa menyentuh sesiapa pun. Nafasnya sudah cukup beracun." Ibu muda it