Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Yang ..

Yang malas nanti keringatnya bakal diperas Yang tidur akan nanti dibelenggu mundur Yang berjaya senantiasa bersiaga Yang jujur hidupnya penuh luhur Yang zikir tiada ia menjadi fakir

Dunia Fakir

Kita pernah terpinggir di dunia fakir, Kita jenuh mengejar dunia semenjak lahir, Tapi dunia ini hanya hamparan dunia yang pasti berakhir. Dalam jenuh mengejar, tuhan kita lupakan, Melupakan mungkin, mungkin dilupakan. Melupakan kerana sibuk mengejar harta lambakan, Dilupakan kerana diputuskan rindu pada tuhan. Kita harus menjadi bangsa yang mencari, Bukan sebarang barang yang perlu dicari, Kerana barang itu di dalam hati. Hati itu berbalik-balik, Doakan ia ketemu terbaik, Usahakan ia mencari Al-Malik 16 Ramadah

Denai Itu

Di antara dua denai di rimba hidup, Kita memilih untuk menyusuri denai itu. Kerana menyangka denai yang lurus itu Hujungnya indah juga persona. Tapi tunggu. itu sangka insan yang dunggu. Sesungguhnya denai berliku, hujungnya mewah. Denai lurus, hujungnya ceruh berlurah. Bukankah syurga dipagar payah, Neraka pula bentengnya dodoian indah.

Potensi

Kebelakangan ini aku menyibukkan diri dengan potensi manusia. Terlalu banyak pontensi yang aku lihat dibazirkan oleh insan. Tidak ingin menjadi insan yang begitu. Bahkan aku ingin mencungkil dalam setiap insan agar mereka rasa berharga. Sekarang aku sedang berkerjasama dengan saudaraku yang berbakat dalam melukis komik. Insyallah suatu hari nanti, dia akan menjadi pelukis komik hebat. Sekarang aku mengisi masa dengan sahabat-sahabat untuk menghasilkan applikasi web yang bakal menjadi sehebat facebook. Itu doa aku. Kita manusia yang sering merancang agar tidak dirancang oleh kuasa keadaan.