Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Anak Muda

Anak muda, Ia sedang membesar dari ombak-ombak kecil Menjadi ribut yang tidak boleh diperkecil Ia bisa bangkit meranap tembok kuasa Yang terlalu lama berdiri di tanah Yang Esa. Tentu ia gembira menumbang tembok tua Kerana ia sudah dimamah teritip korupsi dan noda.

Yang ..

Yang malas nanti keringatnya bakal diperas Yang tidur akan nanti dibelenggu mundur Yang berjaya senantiasa bersiaga Yang jujur hidupnya penuh luhur Yang zikir tiada ia menjadi fakir

Dunia Fakir

Kita pernah terpinggir di dunia fakir, Kita jenuh mengejar dunia semenjak lahir, Tapi dunia ini hanya hamparan dunia yang pasti berakhir. Dalam jenuh mengejar, tuhan kita lupakan, Melupakan mungkin, mungkin dilupakan. Melupakan kerana sibuk mengejar harta lambakan, Dilupakan kerana diputuskan rindu pada tuhan. Kita harus menjadi bangsa yang mencari, Bukan sebarang barang yang perlu dicari, Kerana barang itu di dalam hati. Hati itu berbalik-balik, Doakan ia ketemu terbaik, Usahakan ia mencari Al-Malik 16 Ramadah

Denai Itu

Di antara dua denai di rimba hidup, Kita memilih untuk menyusuri denai itu. Kerana menyangka denai yang lurus itu Hujungnya indah juga persona. Tapi tunggu. itu sangka insan yang dunggu. Sesungguhnya denai berliku, hujungnya mewah. Denai lurus, hujungnya ceruh berlurah. Bukankah syurga dipagar payah, Neraka pula bentengnya dodoian indah.

Potensi

Kebelakangan ini aku menyibukkan diri dengan potensi manusia. Terlalu banyak pontensi yang aku lihat dibazirkan oleh insan. Tidak ingin menjadi insan yang begitu. Bahkan aku ingin mencungkil dalam setiap insan agar mereka rasa berharga. Sekarang aku sedang berkerjasama dengan saudaraku yang berbakat dalam melukis komik. Insyallah suatu hari nanti, dia akan menjadi pelukis komik hebat. Sekarang aku mengisi masa dengan sahabat-sahabat untuk menghasilkan applikasi web yang bakal menjadi sehebat facebook. Itu doa aku. Kita manusia yang sering merancang agar tidak dirancang oleh kuasa keadaan.

Herbalis: Tujuh Remaja Sakti bakal terbit

Novel keduaku bakal terbit. Alhamdullilah.

Sang Masa

Sang Masa telah jauh meninggalkan kita. Dia sering melambai-lambai, dia sering mengucapkan selamat tinggal. Kebanyakkan detik kita tidak mendengar kata dan laku Sang Masa itu. Kerana dia makhlus yang halus kepada jasad dan hati kita yang keras. Beruntung insan yang berkawan dengannya. Kerana ia selalu bercerita tentang persiapan. Kerana ia selalu mengingatkan kita tentang janji tuhan.

Kematian

Akhir-akhir ini aku dirasuk satu rasa tentang kematian. Aku tahu kematian itu pasti mengundang. Aku tahu kematian itu janji tuhan yang tidak pernah berubah. Cuma mengingati kematian itu membuatkan aku merasa dunia ini hanya persinggahan. Umur aku tidak panjang. Nafasku akan lelah suatu hari nanti. Akhir-akhir ini, aku ada tabiat aneh ketika terkenang kematian. Setiap pagi jika aku terjaga lebih awal daripada isteri dan anakku, aku sering merapatkan cuping telingaku pada batang hidung mereka. Mendengar nafas mereka, mencari kepastian tentang nyawa mereka. Setiap kali aku mendengar nafas itu masih wujud,. aku mengucapkan syukur kepada Allah Tuhan pemilik nyawa ini dan nyawa mereka. Masih belum terlambat