Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2010

Negeri 10 Terakhir

Semalam, perjalananku membawa aku ke sebuah negeri yang asing kepadaku. Di pintu gerbang masuk negeri kelihatan seorang pemuda yang segak lagi kacak mesra menyambut pengembara-pengembara yang datang ke negeri itu. Aku menghampiri pemuda yang memiliki senyuman masih itu, lalu aku bertanya, "Saudara, apakah nama negeri ini?" "Wahai pengembara yang mulia, negeri ini namanya Negeri Sepuluh Terakhir. Tentu ini kali pertama saudara ke negeri ini?" tanya pemuda itu ringkas. Aku mengangguk mengiakan telahan pemuda itu. "Terima kasih, saudara," ucapku sambil mengalas kembali begku. Beberapa langkah aku meninggalkan pemuda itu, aku terdengar namaku dipanggil. "Saudara Hasbullah," panggil suara itu. Segera aku menoleh ke arah suara itu. Rupa-rupanya suara itu datangnya daripada pemuda tadi. Tapi aku berasa aneh kerana aku tidak pernah memperkenalkan namaku kepadanya. "Ya, mengapa saudara?" tanyaku kepadanya. "Saudara tidak ingin mengambil kes

Manuskrip Novel Kedua

Segala puji untuk Allah. Alhamdulillah, ahad yang lalu aku  akhirnya berjaya menyiapkan manuskrip kedua untuk siri Herbalis dan menghantarnya kepada tuan editor, Tuan Syafiq. Pelbagai cabaran yang aku hadapi sepanjang menulis manuskrip ini. Cabaran membahagikan masa untuk menulis dalam keadaan menjadi seorang bapa yang baru. Aku masih merangkak untuk membiasakan diri dalam situasi yang baru ini. Beberapa bulan yang lalu  rumahku telah dipecah masuk. Komputer ribaku dan kameraku telah lesap. Kerana itu aku terpaksa merempuh tarikh akhir penghantaran yang sepatutnya berakhir pada bulan Julai yang lalu. Maafkan saya, tuan editor. Insyallah, selepas berehat selama sebelum, aku akan menulis pula untuk novel ketiga.