Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2008

Sang Ilham

From other Pintu rumahku diketuk beberapa kali. Kebetulan aku sedang menonton di ruang tamu ketika itu dan aku segera membukanya kerana ketukan pada pintu yang berkali-kali pada kekerapan yang tinggi menandakan sesuatu yang cemas atau penting. Seorang kanak-kanak lelaki yang aku kenal berada di depan pintu sambil tersenyum. Dalam pelukkannya seekor kucing hitam menggosok-gosok manja kepalanya pada badan kanank-kanak itu. “Hasbi, kamu buat apa pagi-pagi begini?” tanyaku. “Hasbi ingin memohon jasa baik abang, boleh?” “Lihat dulu apa yang diminta. Jika boleh abang berikan 'jasa' itu, abang akan lakukannya. Insyaallah.” “Tolong jaga kucing adik ini boleh?” “Jaga kucing. Erm…. Berapa lama?” “Tiga tahun.” “Tiga tahun? Lama benar. Hasbi hendak ke mana?” “Hasbi akan berpindah ke England sebab ayah ingin melanjutkan pengajian PhDnya di sana .” “Oh!” “Berat sangatkah permintaan Hasbi ini?” “Berat itu tidaklah terlalu berat tetapi agak berat.” “Tolonglah abang. Hasbi tidak ada orang lain

Conteng kepada Lukisan

From other Hasil ini adalah daripada satu contengan rawak.

Mukadimah - Lagenda Eleaf

"Tuan ada berita buruk yang baru saya terima daripada burung perutusan," pembawa utusan di perlabuhanan Waris Hazir Oming menerpa Tuan Hazim. Sahut Tuan Hazim, "Berita buruk apakah yang dibawa kamu ini. Jangan kamu katakan saya perlu berada di sini untuk sepurnama lagi sudahlah." "Bagaimana tuan tahu? Perutusan daripada Syahbandar untuk ke Bendahara meminta khidmat tuan dan Tuan Tong dilanjutkan lagi buat kali kedua." "Tidak guna betul! Apa mereka fikir kepakaran saya berharga dalam mereka cipta hanya untuk menulis surat hutang di perlabuhan ini" jerit Tuan Hazim. Mukanya kemerahan kerana marah. Pembawa utusan menyokong, "Betul itu tuan, tuan tidak sepatutnya berada di sini." "Tuan Tong tahu akan perutusan ini?" "Saya rasa dia masih tidak mengetahuinya." "Tidak mengapa. Biar saya yang sampaikan berita perutusan ini kepadanya." "Baik tuan, saya mohon beredar." Pantas Tuan Hazim meninggalkan mejanya

Hitam dan Putih

Semenjak kebelakang ini, gambar-gambar hitam dan putih menjadi gambar-gambar kegemaran aku. Mungkin kerana gambar-gambar jenis itu kelihatan lebih abstrak dan elegen. Dan disebabkan itu mungkin aku akan lebih fokus dengan gambar-gambar hitam dan putih selepas ini.... From Raya Haji 2008 From Raya Haji 2008 From Raya Haji 2008 From Raya Haji 2008 From Portrait From Portrait From Portrait From Portrait